Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia ’kecewa’ Ukraine dapat tempat dalam lembaga eksekutif WHO

10 negara, termasuk Korea Utara dapat kerusi dalam lembaga tersebut bagi tempoh tiga tahun
May 27, 2023 | 06:47 PM



GENEVA: Russia gagal menghalang Ukraine pada Jumaat daripada mengambil tempatnya dalam lembaga eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada hari yang turut menyaksikan Korea Utara mendapat kerusi dalam lembaga tersebut.


Sebanyak sepuluh negara menyertai lembaga itu bagi tempoh tiga tahun tetapi Russia cuba mengecualikan Ukraine daripada menyertai forum 34 negara di Perhimpunan Kesihatan Sedunia yang sedang berlangsung di Geneva.

Russia telah menceroboh Ukraine 15 bulan lalu.

Forum tersebut memainkan peranan penting dalam tadbir urus WHO.

Secara lazimnya, negara-negara yang ingin menyertai forum itu dipilih atas dasar persetujuan tetapi Moscow, buat pertama kalinya sejak 1977, telah memaksa undi pertama pada perhimpunan ke-76 tahun ini.

Namun, Russia gagal dengan undian mudah yang telah dijalankan – 123 undi kepada 13.

Acara itu telah menyaksikan negara-negara anggota WHO menyokong resolusi yang mengecam perang berterusan Russia terhadap Ukraine, dan serangannya terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan, dalam satu langkah yang didakwa Moscow sebagai mempolitikkan badan itu.

“Undi hari ini menandakan kekalahan yang menakjubkan bagi Russia, yang gagal dalam percubaan melulu untuk melemahkan kuasa jawatankuasa serantau WHO dan mengganggu kerja Perhimpunan Kesihatan Sedunia dan lembaga eksekutifnya,” kata Duta Besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ukraine di Geneva, Cik Yevheniia Filipenko.

“Kesihatan tidak boleh dipolitikkan. WHO mesti dibenarkan berfungsi secara normal,” kata delegasi Perancis dalam satu ciapan sebagai ucapan tahniah kepada Ukraine kerana dapat mengatasi ”cubaan Russia untuk menghalang”.

Delegasi Russia menyatakan bahawa ia amat kesal dengan hakikat bahawa “perhimpunan itu telah mengundi sebuah negara yang hanya akan mempolitikkan lagi kerja lembaga eksekutif”.

Ia juga menambah bahawa ia menentang segala “usaha untuk mempolitikkan kerja Perhimpunan Kesihatan Sedunia dan WHO secara keseluruhan”.

Suasana perhimpunan itu semakin hangat selepas Amerika Syarikat (AS) meluahkan rasa kesal dengan pelanjutan tempat bagi Korea Utara selepas ia dikemukakan oleh Asia Tenggara.

Delegasi Amerika berkata ia mempunyai kebimbangan besar kerana Pyongyang tidak berkongsi nilai WHO, atas sebab “rekod pelanggaran dan penyalahgunaan hak asasi manusia yang membimbangkan (yang) telah didokumentasikan secara berkala oleh PBB, serta dikecam secara meluas oleh masyarakat antarabangsa.”.

Ia juga menekankan bahawa usaha Korea Utara untuk “meneruskan pembangunan senjata pemusnah besar-besaran dan program peluru berpandu balistiknya melanggar beberapa resolusi Majlis Keselamatan PBB”.

Delegasi AS menggesa Pyongyang “untuk menghormati hak asasi manusia, memenuhi kewajipannya di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB, dan agar melibatkan diri dalam diplomasi yang serius dan berterusan”.

Delegasi Korea Utara membalas bahawa ia amat kesal kerana satu negara “cuba menyalahgunakan forum ini untuk tujuan politiknya yang keji dan bersifat konfrontasi”.

Negara-negara lain yang menyertai lembaga eksekutif WHO pada Jumaat ialah Australia, Barbados, Cameroon, Kepulauan Comoros, Lesotho, Qatar, Switzerland dan Togo. –AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >