Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Russia: Konflik Ukraine boleh cetus perang dunia ketiga

Apr 27, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Russia memberi amaran bahawa konflik di Ukraine berupaya menjadi semakin meruncing sehingga meletuskan perang dunia ketiga.



Moscow pada Isnin lalu turut mendakwa Kyiv memanipulasi rundingan damai sebelum ini, sehari selepas kunjungan pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) yang berkata pasukan tentera Ukraine mampu memberi tentangan balas terhadap pencerobohan Russia.



Konflik itu mencetuskan sokongan bertali arus dalam kalangan negara Barat, sekali gus menyaksikan kemasukan pelbagai bekalan senjata ke Ukraine demi membantu negara berkenaan berdepan dengan tentera Russia.



Bercakap kepada agensi berita Russia, Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, menyuarakan kritikan terhadap pendekatan Kyiv yang dilihat cuba menyulitkan proses rundingan damai, selain memberi gambaran bahawa tindakan sedemikian mengundang risiko meletusnya perang dunia ketiga.



"Ia memang benar, anda tidak boleh perlekehkannya," katanya.



Meskipun rundingan bersama Kyiv masih diteruskan, Encik Lavrov mendakwa Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, sebenarnya sekadar berlakon untuk mengadakan proses rundingan, selain berkata: "Anda akan menemui seribu bentuk percanggahan".



Sejak kebelakangan ini, Encik Zelensky meminta bantuan bekalan senjata berat, termasuk pesawat tempur daripada sekutu negara barat Ukraine, dengan menyuarakan janji bahawa pasukan tentera Kyiv mampu memberi tentangan balas dengan kekuatan persenjataan yang mencukupi.



Gesaan itu dilihat disahut pelbagai pihak, dengan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berjanji menyalurkan bekalan pelbagai jenis senjata berat dan peralatan, meskipun berdepan tentangan dari Moscow.



"Langkah pertama untuk meraih kemenangan ialah dengan percaya bahawa kita mampu menang.



"Kita percaya kita mampu memang - mereka boleh menang - jika mereka mempunyai peralatan dan sokongan sewajarnya," kata ketua Pentagon, Encik Lloyd Austin, kepada pemberita selepas beliau dan Setiausaha Negara AS, Encik Antony Blinken, mengadakan pertemuan dengan Encik Zelensky di Kyiv.



Kunjungan dua diplomat penting mewakili barisan Kabinet Presiden AS, Encik Joe Biden, itu diadakan di sebalik peperangan yang masih meletus di seluruh Ukraine.



"Syukur atas berkat kesungguhan, kebijaksanaan pasukan pertahanan dan keberanian semua rakyat Ukraine - negara kita adalah simbol sebenar pergelutan mengecapi kebebasan," kata Encik Zelensky menerusi ucapan yang menjanjikan kemenangan buat Kyiv.



Susulan pertempuran yang masih meruncing, sekurang-kurangnya lima individu terbunuh manakala 18 lagi tercedera selepas roket dilancarkan Russia membedil kemudahan kereta api di tengah Ukraine, dekat wilayah Vinnytsia.



Sementara itu, Kesatuan Eropah (EU) sedang mempersiap langkah melakukan sekatan pintar terhadap import minyak Russia, lapor The Times memetik Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, Encik Valdis Dombrovskis.



"Kita sedang mengusahakan pakej sekatan keenam dan satu daripada isu yang kami pertimbangkan ialah beberapa bentuk embargo minyak.



"Apabila kita mengenakan sekatan, kita perlu lakukan dengan cara memaksimumkan tekanan terhadap Russia sambil meminimumkan kerosakan cagaran ke atas kita sendiri," katanya.



Beliau dipetik sebagai berkata butiran terperinci sekatan masih belum dipersetujui, namun ia boleh merangkumi sekatan minyak Russia secara beransur-ansur atau mengenakan tarif ke atas eksport melebihi had harga tertentu.



Russia pembekal minyak terbesar di Eropah, membekalkan 26 peratus daripada minyak import EU pada 2020.



Eropah juga mendapat kira-kira satu pertiga daripada tenaga tersedia kasarnya daripada minyak dan produk petroleum, dari sektor pengangkutan hingga pengeluaran bahan kimia. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >