Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia lancar peluru berpandu balistik antara benua ke atas Ukraine

Nov 21, 2024 | 6:52 PM
Sebuah bangunan rosak teruk akibat serangan peluru berpandu Russia ke atas Kryvyi Rih, di wilayah Dnipropetrovsk, Ukraine.
Sebuah bangunan rosak teruk akibat serangan peluru berpandu Russia ke atas Kryvyi Rih, di wilayah Dnipropetrovsk, Ukraine. - Foto AFP

KYIV: Russia melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dalam satu serangan pada waktu pagi ke atas Ukraine pada 21 November, kata tentera udara Kyiv. 

Ini merupakan kali pertama Russia menggunakan peluru berpandu jarak jauh yang kuat, dilancarkan dari wilayah selatannya, di Astrakhan, dalam perang itu. 

Serangan itu berlaku selepas Ukraine menggunakan peluru berpandu buatan Amerika Syarikat dan Britain untuk menyerang sasaran di Russia minggu ini.

Moscow telah memberi amaran selama berbulan-bulan kepada Ukraine supaya tidak melakukan serangan balas ke atas mereka kerana ia akan meningkatkan ketegangan antara kededua negara itu.

Dengan ketegangan semakin meningkat dalam perang yang sudah berlangsung selama 33 bulan itu, Russia melancarkan serangan yang menyasarkan perusahaan dan kemudahan penting di bandar Dnipro, pertengahan timur Ukraine, kata tentera udara Ukraine dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu tidak menjelaskan sasaran ICBM itu dan sama ada ia telah menyebabkan sebarang kerosakan, lapor Reuters.

Peluru berpandu itu dapat melangkaui jarak beribu-ribu kilometer, dan biasanya digunakan untuk membawa bom nuklear, tetapi ia juga boleh membawa bom biasa.

Pertahanan udara Ukraine telah menembak jatuh enam peluru berpandu jenis Kh-101 semasa serangan tersebut.

“Secara khusus, sebuah peluru berpandu balistik antara benua telah dilancarkan dari wilayah Astrakhan, Persekutuan Russia,” kata kenyataan itu, sambil menyenaraikan jenis senjata yang digunakan dalam serangan tersebut.

Namun, ia tidak menyebut jenis ICBM yang dilancarkan. – Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg