Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia lancar serangan ke atas Ukraine dari Belarus

Jun 25, 2022 | 10:08 PM



KYIV (Ukraine): Wilayah sempadan utara Ukraine iaitu Chernigiv dibom secara besar-besaran oleh sekutu Russia, Belarus, hari ini.



"Sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan) wilayah Chernigiv dibom besar-besaran oleh peluru berpandu.



"Sebanyak 20 roket ditembak dari wilayah Belarus dan dari udara menyasarkan kampung Desna," kata ketua tentera utara Ukraine dalam satu kenyataan di Facebook sambil menambah bahawa infrastruktur telah diserang tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.



Desna, sebuah perkampungan kecil dengan populasi sebelum perang sekitar 7,500 orang, terletak 70 kilometer ke utara Kyiv dan jarak yang sama ke selatan sempadan Ukraine dengan Belarus.



Serangan itu berlaku ketika Presiden Russia, Vladimir Putin bertemu rakan sejawatannya dari Belarus dan sekutu rapat, Alexander Lukashenko di Saint Petersburg, hari ini.



Diplomat tertinggi Moscow, Encik Sergei Lavrov dijadualkan melawat Belarus pada Khamis dan Jumaat ini.



Belarus memberikan sokongan logistik kepada pencerobohan Russia ke atas Ukraine, terutama pada minggu-minggu pertama serangan, walaupun ia secara rasmi kekal sebagai tidak berperang pada peringkat ini.



Negara yang diketuai oleh Lukashenko sejak 1994, juga telah menjadi sasaran sekatan Barat yang ditujukan kepada Russia atas serangannya ke atas Ukraine. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >