Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia potong bekalan gas ke Eropah

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Russia akan memotong bekalan gas ke Eropah sekali lagi, sekali gus memberi tamparan kepada negara-negara yang menyokong Ukraine, sedang adanya harapan tekanan ekonomi dapat diredakan minggu ini dengan penyambungan semula eksport bijirin menerusi laluan Laut Hitam.



Beberapa kapal pertama dari Ukraine dijangka bongkar sauh dalam beberapa hari lagi di bawah satu perjanjian yang dipersetujui pada Jumaat lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meskipun Russia meneruskan dengan serangan udara pada hujung minggu ke atas pelabuhan Ukraine di Odesa.



Harga bekalan tenaga yang melonjak dan ancaman kebuluran yang dihadapi jutaan orang di negara-negara miskin menunjukkan betapa konflik terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Ke-2, yang kini memasuki bulan keenam, memberi kesan sangat besar, walaupun jauh dari Ukraine.



Tentera Ukraine semalam melaporkan bedilan peluru berpandu Russia di selatan negara, dan tentera Ukraine telah menembak sasaran musuh.



Kementerian Pertahanan Russia bagaimanapun tidak memberi ulasan segera.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, memberi amaran kepada Barat awal bulan ini bahawa sekatan yang dilaksanakan akan membawa risiko yang mencetuskan lonjakan sangat tinggi bagi harga bekalan tenaga.



Syarikat pembekal tenaga utama Russia, Gazprom, menukil arahan dari badan pemantau perusahaan kelmarin berkata aliran gas ke Jerman menerusi saluran paip Nord Stream 1 akan merosot kepada 33 juta meter padu sehari mulai hari ini.



Ini adalah separuh daripada aliran semasa, yang telah pun berkurangan sebanyak 40 peratus berbanding kemampuan biasa.



Sebelum meletusnya perang, Eropah mengimport kira-kira 40 peratus gas dan 30 peratus minyak dari Russia.



Aliran gas Russia ke Eropah melalui Ukraine jatuh satu perempat pada 11 Mei lalu selepas Kyiv menghentikan penggunaan laluan transit utama, menyalahkan gangguan disebabkan pencerobohan tentera Russia, kali pertama eksport melalui Ukraine terganggu sejak konflik bermula.



Ukraine kekal sebagai laluan transit utama untuk gas Russia ke Eropah walaupun selepas Moscow melancarkan apa yang dipanggil 'operasi ketenteraan khas'.



Pada masa itu, Gazprom yang dikawal Kremlin, yang mempunyai monopoli ke atas eksport gas Russia melalui saluran paip, berkata ia masih menghantar gas ke Eropah melalui Ukraine, tetapi jumlahnya ketika itu dilihat berada pada 72 juta meter padu (mcm) - dan lebih rendah sekarang - turun daripada 95.8 meter padu sebelum perang. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >