Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia terus bedil Ukraine sepanjang barisan depan

Jan 01, 2023 | 05:30 AM



KYIV: Russia terus mengasak Ukraine dengan membedil beberapa bandar di sepanjang barisan hadapan negara itu dari utara ke selatan, kata pegawai Ukraine kelmarin, sehari selepas Moscow melepaskan berpuluh-puluh peluru berpandu dalam serangan terbarunya ke atas prasarana kritikal.



Menurut pegawai itu, semboyan serangan udara dibunyikan di ibu kota Kyiv dan agensi berita Reuters mendengar beberapa letupan dan bunyi tembakan antipesawat di selatan bandar itu ketika tentera Moscow melepaskan 16 dron Shahed buatan Iran.



Tentera Ukraine berkata, semua dron berkenaan telah dimusnahkan.



Datuk Bandar Kyiv, Encik Vitali Klitschko, berkata tujuh daripadanya menyasarkan Kyiv, dengan sebuah bangunan pentadbiran dilaporkan mengalami kerosakan.



Dalam satu kenyataan petang kelmarin, Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine berkata, tentera Russia telah cuba mara berhampiran Bakhmut dan Avdiivka, titik tumpuan kempen mereka untuk menawan seluruh wilayah Donetsk di bahagian timur.



Tentera Russia bertindak menembak beberapa bandar dan kampung termasuk Bakhmut, Kudryumivka di bahagian selatan, berhampiran Soledar dan bandar Kostyantynivka, di barat Bakhmut.



Selain itu, serangan turut disasarkan ke arah Avdiivka, bandar berhampiran Maryinka serta Nevelske.



"Secara keseluruhan, kami terus bertahan di kedudukan sedia ada. Terdapat juga di beberapa kawasan yang mana kami sedang mara ke hadapan," kata Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, mengenai pertempuran di timur dalam satu ucapan menerusi klip video kelmarin.



Sejak Oktober, Russia hampir setiap minggu melancarkan peluru berpandu besar-besaran dan serangan dron terhadap prasarana awam di seluruh Ukraine.



Keadaan itu menyebabkan berjuta-juta orang terputus bekalan elektrik ketika musim sejuk.



Russia berkata, matlamatnya adalah untuk mengurangkan keupayaan Ukraine bagi meneruskan peperangan.



Bagaimanapun, Kyiv mendakwa serangan itu menyasarkan orang awam dan menggugat keselamatan penduduk.



Menurut Menteri Luar Russia, mereka mahu menyelesaikan pertikaian di Ukraine dan menamatkan operasi ketenteraan secepat mungkin, kata Encik Sergey Lavrov, pada Rabu lalu.



Melindungi nyawa askar dan orang awam adalah keutamaan bagi Moscow kata Encik Lavrov ketika temu bual dalam program berita Russia, lapor Agensi Anadolu.



"Kami ingin menyelesaikan keadaan ini secepat mungkin, untuk menamatkan perang yang sedang disediakan oleh Barat dan akhirnya dilancarkan terhadap kami melalui Ukraine.



"Keutamaan bagi kami ialah nyawa askar dan nyawa orang awam yang kekal di zon pertempuran," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >