Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia tidak akan siasat nahas Prigozhin di bawah peraturan antarabangsa

Aug 30, 2023 | 01:32 PM



MOSCOW: Russia telah memaklumkan kepada pihak berkuasa penyiasatan pesawat Brazil bahawa ia tidak akan menyiasat nahas jet Embraer buatan Brazil, yang membunuh ketua tentera upahan, mendiang Encik Yevgeny Prigozhin, di bawah peraturan antarabangsa “pada masa ini,” kata agensi Brazil pada Selasa.


Mendiang Encik Prigozhin, dua leftenan tertinggi Kumpulan Wagnernya dan empat pengawal peribadi adalah antara 10 orang yang maut apabila pesawat Embraer Legacy 600 terhempas di utara Moscow minggu lalu.

Kejadian itu berlaku dua bulan setelah Encik Prigozhin melancarkan pemberontakan kilat terhadap penubuhan pertahanan Russia yang menimbulkan cabaran terbesar kepada pemerintahan Presiden, Encik Vladimir Putin, sejak berkuasa pada 1999.

Demi kepentingan meningkatkan keselamatan penerbangan, Pusat Penyelidikan dan Pencegahan Kemalangan Aeronautik Brazil (CENIPA) berkata ia akan menyertai siasatan yang diketuai Russia jika diundang dan siasatan diadakan di bawah peraturan antarabangsa.

Pihak berkuasa penerbangan Russia tidak diwajibkan untuk akur kepada CENIPA, tetapi beberapa bekas penyiasat berkata ia harus dilakukan kerana Amerika Syarikat dan pemerintah Barat lain mengesyaki Kremlin menjadi dalang nahas pdaa 23 Ogos itu, ke atas pesawat yang mempunyai rekod keselamatan yang baik.

Kremlin menafikan sebarang penglibatan. Encik Prigozhin secara terbuka mengkritik pendakwaan Moscow terhadap pencerobohannya ke atas Ukraine.

Tentera upahan Wagner bertempur di sana bagi pihak Russia.

Sementara itu, jasad mendiang Encik Prigozhin disemadikan dalam satu upacara tertutup pada Selasa di St. Petersburg, lapor agensi berita Xinhua.


Menurut agensi berita Russia, Tass, atas permintaan keluarga Encik Prigozhin, hanya anggota keluarga dan rakan rapatnya dijemput untuk menghadiri upacara tersebut.


Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berpangkalan di Montreal, penerbangan dari Moscow dengan destinasi St. Petersburg adalah domestik, jadi ia tidak tertakluk kepada peraturan antarabangsa yang dikenali di seluruh industri dengan nama sah ‘Lampiran 13’.

“Mereka tidak diwajibkan, hanya disyorkan untuk berbuat demikian,” kata ketua CENIPA, Brigadier Udara Marcelo Moreno, kepada agensi berita Reuters, selepas agensi itu menghantar e-mel minggu lalu bertanyakan Russia sama ada ia akan membuka siasatan sedemikian.


“Tetapi jika mereka berkata mereka akan membuka siasatan dan mengundang Brazil, kami akan turut serta dari jauh.”

Perunding keselamatan penerbangan Amerika, dan bekas penyiasat, Encik John Cox, berkata siasatan dalaman Russia akan sentiasa dipersoalkan tanpa penyertaan Brazil, negara tempat pesawat itu dibuat.

“Saya rasa ia sangat menyedihkan,” kata Encik Cox selepas diberitahu mengenai respons Russia. “Saya fikir ia menjejaskan ketelusan penyiasatan Russia.”

CENIPA berkata dalam satu kenyataan melalui e-mel, ia mendapat maklum balas daripada Suruhanjaya Jawatankuasa Penerbangan Antara Negeri mengenai Penyiasatan Kemalangan (IAC) pada Selasa, dengan pihak berkuasa Russia berkata ia tidak akan membuka siasatan di bawah ‘Lampiran 13’ buat masa ini. – Agensi berita.

Dalam penyiasatan nahas udara, pakar berusaha untuk meningkatkan keselamatan penerbangan tanpa mempersalahkan mana-mana pihak, tetapi siasatan sering dicemari oleh kepentingan politik.


CENIPA dan pengilang Embraer mahu mengelakkan berlakunya nahas pada masa depan, tetapi menghadapi cabaran dalam mendapatkan maklumat daripada penyiasatan kerana sekatan ke atas Russia dan keengganan Moscow untuk membenarkan siasatan luar.


Kira-kira 802 jet serantau Embraer dengan 37 hingga 50 tempat duduk, dibina pada platform yang sama dengan pesawat korporat Legacy 600, dan sedang dalam perkhidmatan. Ini membayangkan kesungguhan Brazil untuk terlibat dalam siasatan itu. Embraer enggan membuat sebarang ulasan mengenainya.


Encik Jeff Guzzetti, bekas penyiasat nahas udara Amerika berkata Russia harus menerima bantuan daripada Brazil, walaupun CENIPA hanya boleh mengambil bahagian dari jauh.


“Jika mereka tidak melakukannya, maka itu adalah petanda pasti bahawa ia bukan penyiasatan yang telus.”


Mengambil nama mereka daripada lampiran Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa – biasanya dikenali sebagai Konvensyen Chicago 1944 – peraturan itu mewakili bentuk kerjasama antarabangsa yang rendah tetapi berkesan yang jarang dicabar.


Dengan menggalakkan kerjasama teknikal rapat yang luar biasa, merentasi sempadan politik dan mengelak daripada isu yang boleh dipersalahkan, ‘Lampiran 13’ telah dikreditkan dengan meningkatkan keselamatan udara secara mendadak sejak ia mula diperkenalkan, kata pegawai keselamatan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >