Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Sama ada pengundi muda akan bawa kesan besar masih tanda tanya

Penganalisis: Ada tanda golongan muda cenderung tidak berpihak, kesedaran politik mereka belum matang
Nov 14, 2022 | 05:30 AM



PENGARUH dan kuasa pengundi muda dijangka membawa arus perubahan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia.



Seramai 1.4 juta rakyat berusia 18 dengan 20 tahun layak mengundi buat kali pertama. Daripada 21 juta rakyat yang berdaftar untuk mengundi, 58 peratus berusia antara 18 dengan 40 tahun.



Oleh itu, pengundi muda kini menjadi tumpuan dan buruan parti politik.



"Isu besar pengundi muda sebenarnya ialah PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional). Mereka marah kerana Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji akan menghapuskan PTPTN.



"BN sudah berjanji akan memberi perhatian terhadap isu ini," kata seorang penganalisis politik dan ekonomi, Dato Dr Ramalan Yunus, ketika dihubungi Berita Harian (BH).



Namun, beliau melahirkan kebimbangan tentang kecenderungan golongan muda pada politik tidak berpihak (non-partisan politic)



"PRU kali ini merupakan permulaan bagi kebangkitan golongan politik tidak berpihak. Ramai daripada golongan muda sudah mula berasa bahawa idea politik kepartian sudah ketinggalan zaman," ujar beliau.



Realiti ini mendorong Barisan Nasional (BN) membuat rombakan besar untuk "meremajakan" parti itu, yang sering disifatkan dipimpin oleh golongan warga emas.



Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bertindak menggugurkan ramai ahli politik veteran dan buat kali pertama dalam sejarah, menampilkan 70 peratus calon muka baru untuk bertanding.



Sebahagian besar mereka adalah daripada golongan terpelajar dan berusia di bawah 40 tahun.



Pembangkang PH juga mengarahkan jentera pilihan rayanya mengenal pasti dan mendampingi pengundi muda, terutama mereka yang akan mengundi kali pertama.



Persetujuan kerjasama PH dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), yang dipimpin mantan menteri beliau dan sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, adalah strategi penting yang akan mendekatkan mereka dengan golongan muda.



Muda, yang bertanding buat kali pertama di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu, membuat kejutan dengan memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).



Calon-calonnya yang tidak berpengalaman memberi saingan sengit kepada calon daripada parti lebih mantap.



Satu kajian menunjukkan calon aktif dan popular di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter mempunyai peluang lebih baik memenangi hati pengundi muda, kerana platfom interaktif itu berupaya mempengaruhi pendirian mereka mengenai sesuatu isu.



"Populariti calon akan semakin meningkat jika isu-isu sensasi dibincangkan demi menarik perhatian pengundi.



"Sama ada isu itu benar atau tidak, bukan relevan lagi," kata penganalisis politik Dr Nasrudin Mohamed kepada Bernama.



Namun, menurutnya, berdasarkan keputusan PRN Johor, hanya 6 peratus daripada 750,000 pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun keluar mengundi.



Ini mungkin membawa petanda bahawa kesedaran politik golongan muda dalam usia itu masih belum matang.



Oleh itu, beliau berpendapat kesan yang dijangka daripada kehadiran golongan muda dalam PRU15 tidak mungkin menjejas keputusan pilihan raya.



Beliau meramalkan hanya sekitar 30 peratus pengundi baru daripada golongan muda akan keluar mengundi dalam pilihan raya ini nanti.



Penulis mantan wartawan kanan BH yang kini menetap di Kuala Lumpur.




"Populariti calon akan semakin meningkat jika isu-isu sensasi dibincangkan (di media sosial) demi menarik perhatian pengundi. Sama ada isu itu benar atau tidak, bukan relevan lagi."
- Dr Nasrudin Mohamed, penganalisis politik, yang meramalkan sekitar 30 peratus pengundi muda baru akan keluar mengundi, lantas mereka tidak mungkin menjejas keputusan pilihan raya.




"PRU kali ini merupakan permulaan bagi kebangkitan golongan politik tidak berpihak. Ramai daripada golongan muda sudah mula berasa bahawa idea politik kepartian sudah ketinggalan zaman."
- Dato Dr Ramalan Yunus, penganalisis politik dan ekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >