Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambutan Aidiladha di serata dunia

Jun 7, 2025 | 12:29 PM
masjidil haram, hajj
Jemaah haji membanjiri Masjidil Haram di Makkah pada 6 Jun. - Foto AFP

Aidiladha disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh kesyukuran dan semangat pengorbanan.

Sama ada di Arab Saudi, Palestin, Indonesia mahupun di Russia, gema takbir dan amalan ibadah korban menyatukan jutaan umat Islam dalam suasana yang penuh makna.

Setiap negara membawa warna dan budaya tersendiri dalam menyambut hari yang mulia ini – daripada solat sunat Aidiladha beramai-ramai hingga penyembelihan haiwan korban secara bergotong-royong dan pengagihan dagingnya kepada golongan memerlukan.

Di tempat-tempat bergolak seperti Palestin, semangat Aidiladha terus dihayati meskipun dalam serba kekurangan.

Berikut sajian foto yang merakamkan detik istimewa Aidiladha, yang memperlihat bagaimana semangat ukhuwah dan pengorbanan menyatukan umat Islam merentas benua dan budaya.

Penduduk tempatan berkunjung ke pasar yang menjual haiwan hidup menjelang Aidiladha di Nablus di Tebing Barat, Palestin, pada 5 Jun.
Penduduk tempatan berkunjung ke pasar yang menjual haiwan hidup menjelang Aidiladha di Nablus di Tebing Barat, Palestin, pada 5 Jun. - Foto EPA-EFE
Seorang lelaki seronok menyambut Aidiladha bersama anak perempuannya dan jemaah lain semasa solat sunat Aidiladha di Kubah Al-Sakhrah dekat Masjid Al-Aqsa pada 6 Jun.
Seorang lelaki seronok menyambut Aidiladha bersama anak perempuannya dan jemaah lain semasa solat sunat Aidiladha di Kubah Al-Sakhrah dekat Masjid Al-Aqsa pada 6 Jun. - Foto AFP
Kambing yang dijual bagi ibadah korban sempena Aidiladha di sebuah pasar tempatan di Karachi, Pakistan, pada 6 Jun.
Kambing yang dijual bagi ibadah korban sempena Aidiladha di sebuah pasar tempatan di Karachi, Pakistan, pada 6 Jun. - Foto EPA-EFE
Masyarakat Islam di Russia menunaikan solat sunat Aidiladha di jalan raya di Saint Petersburg pada 6 Jun.
Masyarakat Islam di Russia menunaikan solat sunat Aidiladha di jalan raya di Saint Petersburg pada 6 Jun. - Foto AFP
Perdana Menteri Canada, Encik Mark Carney, berucap di sambutan Aidiladha di Persatuan Muslim Canada (MAC) di Ottawa, Ontario, pada 6 Jun.
Perdana Menteri Canada, Encik Mark Carney, berucap di sambutan Aidiladha di Persatuan Muslim Canada (MAC) di Ottawa, Ontario, pada 6 Jun. - Foto REUTERS
Relawan di Aceh, Indonesia, menyiapkan daging korban untuk diagihkan kepada orang ramai pada 6 Jun.
Relawan di Aceh, Indonesia, menyiapkan daging korban untuk diagihkan kepada orang ramai pada 6 Jun. - Foto EPA-EFE
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg