Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi akan lancar edisi Melayu aplikasi ‘Nusuk’ untuk mudahkan umrah

Sep 3, 2024 | 12:29 PM
Arab Saudi  akan melancarkan edisi Melayu platform Nusuk untuk memudahkan dan mempercepat urusan berkaitan ibadah umrah.
Arab Saudi akan melancarkan edisi Melayu platform Nusuk untuk memudahkan dan mempercepat urusan berkaitan ibadah umrah. - Foto AFP

KAHIRAH: Arab Saudi akan melancarkan edisi aplikasi Nusuk untuk perkhidmatan umrah dalam bahasa Melayu.

Ini diumumkan oleh Menteri Haji dan Umrah Saudi, Encik Tawfiq Al Rabiah, semasa lawatan rasmi ke Malaysia yang bertujuan untuk membincangkan cara melancarkan perjalanan umrah untuk jemaah dari Malaysia.

Encik Al Rabiah berkata aplikasi Nusuk dalam bahasa Melayu akan menjadikan perkhidmatan umrah lebih “mudah dan pantas” untuk jemaah yang lebih selesa dengan bahasa Melayu.

Nusuk membolehkan umat Islam yang ingin menunaikan umrah atau melawat tapak-tapak suci di Arab Saudi mendapatkan visa dan permit yang diperlukan serta menempah pakej berkaitan secara elektronik.

Di luar acara berkaitan Nusuk, Encik Al Rabiah turut meneliti daya usaha digital kerajaannya.

Ini termasuk ‘dompet Nusuk’ yang membolehkan jemaah haji mengendalikan wang mereka secara digital tanpa perlu membawa wang tunai.

Perbincangannya di Malaysia juga menghasilkan persetujuan untuk membentuk pasukan kerja bersama bagi meneroka kemungkinan memperluaskan inisiatif berkaitan ibadah haji, ‘Laluan Makkah’ untuk merangkumi jemaah umrah dari Malaysia, lapor agensi berita Saudi, SPA.

Pada 2018, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi melancarkan semula ‘Laluan Makkah’ yang membolehkan jemaah haji dari beberapa negara mempunyai akses kepada kemudahan.

Daya usaha itu bermula di peringkat percubaan pada 2017.

Kemudahan itu termasuk pengeluaran visa elektronik, memuktamadkan prosedur pasport serta menandai dan menyusun bagasi di lapangan terbang untuk berlepas.

Setibanya di Arab Saudi, jemaah boleh terus menuju ke hotel mereka di kota suci Makkah dan Madinah sementara bagasi mereka dihantar terus ke hotel masing-masing.

Inisiatif itu dilaksanakan bagi jemaah haji dari Malaysia, Indonesia, Maghribi, Turkey, Pakistan dan Bangladesh. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg