JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan rancangan untuk mengalu-alukan 15 juta umat Islam menunaikan umrah, menjelang 2025.
Perkembangan itu menunjukkan peningkatan daripada tahap prapandemik sekitar 8.5 juta anggota jemaah umrah pada 2019.
Program Khidmat Tetamu Allah yang merupakan inisiatif yang bertujuan untuk mengalu-alukan sejumlah besar jemaah haji menerajui usaha ini.
Program itu bertujuan membolehkan lebih ramai umat Islam datang ke Arab Saudi bagi menunaikan umrah, memudahkan prosedur ketibaan mereka dan menawarkan pelbagai pilihan untuk pelbagai kategori jemaah dan pelawat.
Di bawah program itu, jemaah haji dan umrah ke Masjidil Haram akan mendapat kemudahan bertaraf dunia, prasarana yang ditambah baik dan perkhidmatan digital bagi memastikan pengalaman rohani yang terbilang.
Menurut laman web rasminya, matlamat strategik utama adalah meningkatkan bilangan orang yang datang dari luar negara, untuk menunaikan umrah dan melawat Masjid Nabawi.
Ini termasuk memudahkan prosedur visa dan memperluaskan kapasiti yang diperlukan bagi menampung 30 juta anggota jemaah menjelang 2030 dan 15 juta menjelang 2025.
Ini adalah peningkatan 77 peratus berbanding 8.5 juta anggota jemaah umrah pada 2019.
Dalam mencapai matlamat ini, program tersebut memastikan keselamatan semua jemaah haji, di samping peningkatan yang disasarkan dalam bilangan mereka. – Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg