Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi mahu Israel iktiraf negara Palestin sebelum jalin hubungan diplomatik

Jun 21, 2024 | 12:07 PM
Palestin
Penduduk Palestin yang dilanda perang tidak akan disisihkan, kata Duta Arab Saudi ke Britain, Putera Khalid bin Bandar bin Sultan, dan menyatakan Arab Saudi tidak akan menormalkan hubungan dengan Israel melainkan ia menghentikan pencerobohannya di Jaluran Gaza dan mengundurkan semua tenteranya dari Gaza. - Foto AFP

LONDON: Arab Saudi menegaskan tidak akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel melainkan ia mengiktiraf sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu negaranya, kata Duta Arab Saudi ke Britain, Putera Khalid bin Bandar bin Sultan.

“Kami tidak akan menormalkan hubungan dengan Israel dengan mengorbankan rakyat Palestin. Lebih-lebih lagi, Israel harus menghentikan pencerobohannya di Jaluran Gaza dan mengundurkan semua tenteranya dari Gaza,” katanya ketika berucap dalam persidangan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Diraja di London pada 20 Jun.

Putera Khalid mengulangi pendirian tegas Arab Saudi berkaitan Palestin bahawa Riyadh sentiasa menekankan pendirian tegasnya bahawa tidak akan ada hubungan diplomatik dengan Israel melainkan ia mengiktiraf sebuah negara Palestin yang merdeka di sempadan 1967 dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu negaranya.

“Hasil daripada kedudukan sejagatnya dan pengiktirafan antarabangsa yang dinikmatinya, usaha Arab Saudi telah menghasilkan tindak balas sejagat yang positif untuk mengiktiraf sebuah negara Palestin,” ujar beliau.

Pendirian Saudi mengesahkan konsensus antarabangsa mengenai hak sedia ada rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, katanya.

Beliau turut menarik perhatian kepada fakta bahawa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan, dengan majoriti besar, satu draf resolusi yang mengesyorkan Majlis Keselamatan PBB memberi pertimbangan yang baik terhadap permintaan Palestin untuk menjadi anggota badan tertinggi dunia itu.

Riyadh telah memperbaharui gesaannya kepada masyarakat antarabangsa, khususnya anggota tetap Majlis Keselamatan yang masih belum mengiktiraf negara Palestin, agar mempercepatkan pengiktirafan itu.

Ini bagi membolehkan rakyat Palestin menikmati hak mereka yang sah dan mencapai keamanan menyeluruh dan adil untuk semua rakyat Palestin. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg