Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Saudi mungkin 'cepat' labur di Iran lepas perjanjian: Menteri

Mar 17, 2023 | 05:30 AM



RIYADH: Menteri Kewangan Arab Saudi, Encik Mohammed Al-Jadaan, berkata pelaburan negaranya di Iran boleh berlaku "dengan cepat" berikutan perjanjian untuk memulihkan hubungan diplomatik.



"Ada banyak peluang bagi pelaburan Saudi di Iran. Kami tidak melihat sebarang halangan selagi syarat sembarang perjanjian dihormati," kata Encik Al-Jadaan semasa Persidangan Sektor Kewangan di Riyadh pada Rabu.



Iran dan Arab Saudi bersetuju pada Jumaat lalu untuk memulihkan semula hubungan serta membuka semula kedutaan masing-masing dalam dua bulan selepas bertahun-tahun bermusuhan, ekoran perbincangan di China.



"Kestabilan di rantau ini sangat penting, buat dunia dan negara di rantau ini, dan kami sentiasa mengatakan bahawa Iran adalah jiran kami dan kami tidak mempunyai kepentingan untuk mempunyai konflik dengan jiran kami, jika mereka bersedia untuk bekerjasama, " kata beliau kepada Reuters dalam satu wawancara.



Permusuhan antara dua kuasa Timur Tengah itu membahayakan kestabilan dan keselamatan rantau itu selain mendorong konflik serantau, termasuk di Yaman, Syria dan Lebanon.



"Kami tidak mempunyai sebab untuk tidak melabur di Iran, dan kami tidak mempunyai sebab untuk tidak membenarkan mereka melabur di Arab Saudi.



"Adalah menjadi kepentingan kami untuk memastikan kedua-dua negara mendapat manfaat daripada sumber dan kelebihan daya saing satu sama lain," kata Encik Al-Jadaan.



"Sekiranya mereka bersedia melalui proses ini, kami lebih bersedia melalui proses ini dan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka dialu-alukan dan kami gembira untuk mengambil bahagian dalam pembangunan mereka," katanya lagi.



Perjanjian itu, yang diaturkan oleh China, diumum selepas empat hari rundingan yang tidak didedahkan sebelum ini di Beijing antara pegawai keselamatan tertinggi dari Arab Saudi dan Iran.



China mempunyai pengaruh ke atas Iran, dan Teheran akan mendapatinya sukar untuk menjelaskan jika ia tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani dengan Arab Saudi di Beijing itu, kata seorang lagi pegawai Arab Saudi kepada wartawan secara berasingan, pada Rabu.



Pegawai itu, yang enggan namanya disiarkan, berkata China berada dalam kedudukan unik kerana ia menikmati hubungan amat baik dengan Iran dan Arab Saudi.



"China rakan dagangan pertama bagi kedua-dua negara jadi pengaruh itu sangat penting dalam hal ini.



"Dan memandangkan kami sedang membina keyakinan, komitmen itu harus dibuat dengan kehadiran pegawai China," ujar beliau.



Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Iran pada 2016 selepas kedutaannya di Teheran diserang semasa pertikaian antara dua negara berhubung pelaksanaan hukuman Riyadh terhadap seorang ulama Syiah terkemuka di Arab Saudi.



Arab Saudi juga menyalahkan Iran atas serangan peluru berpandu dan dron ke atas kemudahan minyaknya pada 2019 serta serangan ke atas kapal tangki di perairan Teluk. Iran menafikan tuduhan itu.



Topik paling sukar dalam perbincangan dengan Iran ialah berkaitan Yaman, media, dan peranan China, kata pegawai Arab Saudi itu tanpa mengulas lanjut.



"Memulihkan hubungan diplomatik tidak bermakna kami adalah sekutu... Hubungan diplomatik adalah biasa bagi Arab Saudi, dan kami harus mempunyainya dengan semua pihak," tambah pegawai itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >