Topic followed successfully
Go to BHkuSaudi naik taraf Mina, siap sedia operasi haji
Saudi naik taraf Mina, siap sedia operasi haji
Persiapan dengan kerjasama pelbagai agensi, gunakan perancangan teknologi terkini bagi memastikan keselamatan jemaah
May 11, 2026 | 1:14 PM
Saudi naik taraf Mina, siap sedia operasi haji
Seorang ahli keluarga memeluk jemaah Haji dari Kashmir sebelum berlepas ke Makkah bagi menunaikan ibadah Haji, di Srinagar, Kashmir India, pada 18 April ketika Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan semua persiapan pentadbiran dan operasi lapangan bagi musim haji 2026 telah siap sepenuhnya. - Foto REUTERS
MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan semua persiapan pentadbiran dan operasi lapangan bagi musim Haji tahun 2026 ini telah siap sepenuhnya, termasuk pengurusan pergerakan jemaah ke kawasan Jamrah untuk melontar, akses ke metro di tanah suci serta sistem pengangkutan antara lokasi ibadah utama.
Menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA) pada 10 Mei, persiapan itu dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan sebagai sebahagian daripada sistem operasi bersepadu yang menggunakan perancangan moden dan teknologi terkini bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan jutaan jemaah.
Laporan berkaitan
Jemaah haji Iran tiba di Saudi meski hubungan Riyadh-Teheran tegangApr 29, 2026 | 11:44 AM
Saudi berkas 2 warga Mesir disyaki tipu pakej haji palsu di media sosialApr 16, 2026 | 12:07 PM

