Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi senarai hitam 54 syarikat umrah 19 negara Arab, Islam

Langkah itu diambil bagi bendung kes tipu ketika musim umrah baru dimulakan
Jul 4, 2024 | 12:39 PM
Beberapa syarikat jemaah haji di Arab Saudi sedang berkoordinasi dengan agensi keselamatan negara itu, untuk mendedahkan broker umrah di dalam dan luar negara.
Beberapa syarikat jemaah haji di Arab Saudi sedang berkoordinasi dengan agensi keselamatan negara itu, untuk mendedahkan broker umrah di dalam dan luar negara. - Foto KEMENTERIAN HAJI DAN UMRAH ARAB SAUDI

KAHIRAH: Sejumlah 54 pengusaha pelancongan yang menganjurkan perjalanan umrah, di 19 negara Arab dan Islam telah disenaraihitamkan kerana melanggar peraturan, lapor akhbar Arab Saudi.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha memerangi kegiatan haram dalam perjalanan palsu umrah di Arab Saudi, selepas agensi pelancongan dikesan melanggar peraturan semasa musim haji pada Jun, lapor akhbar, Al Watan.

Ratusan anggota jemaah haji yang tidak berdaftar secara rasmi, meninggal dunia terutama akibat panas terik.

Beberapa syarikat jemaah haji di Arab Saudi sedang menyelaras dengan agensi keselamatan negara untuk mendedahkan broker umrah di dalam dan luar negara, tambah akhbar tersebut.

Broker sedemikian dipercayai terlibat dalam pemerdagangan manusia kerana mereka dituduh membawa masuk jemaah haji tidak berdaftar yang tidak mampu membayar kos sah umrah untuk visa lawatan, katanya memetik sumber tidak dikenal pasti.

Tiada ulasan rasmi Arab Saudi mengenai laporan itu, lapor Gulf News.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Encik Abdul Fatah Mashat, baru-baru ini telah bertemu dengan wakil firma umrah, untuk membincangkan persiapan menghadapi musim umrah baru yang bermula selepas 1.8 juta umat Islam menunaikan ibadah haji tahunan di dalam dan sekitar kota suci Makkah.

Kira-kira 8.3 juta visa umrah telah dikeluarkan pada musim lalu.

Umrah dilaksanakan sepanjang tahun di Masjidil Haram, tempat paling suci umat Islam di Makkah.

Arab Saudi pada Jun mengumumkan bahawa 1,301 anggota jemaah haji, 83 peratus daripadanya memasuki secara tidak sah, meninggal dunia semasa haji baru-baru ini, selepas meredah jarak jauh di bawah terik matahari. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg