Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Saudi teroka perjanjian pertahanan

Sep 20, 2023 | 02:15 PM



NEW YORK: Amerika Syarikat sedang membincangkan syarat-syarat perjanjian pertahanan bersama Arab Saudi, yang akan menyerupai pakatan tentera dengan Jepun dan Korea Selatan, menurut pegawai Washington.


Langkah itu adalah tumpuan diplomasi kepentingan tinggi Presiden Amerika, Encik Joe Biden untuk mendapatkan kerajaan Arab Saudi memulihkan hubungan dengan Israel.

Di bawah perjanjian itu, Amerika dan Arab Saudi secara amnya akan berikrar memberikan sokongan ketenteraan kepada satu sama lain jika negara tersebut diserang di rantau itu atau di wilayah Arab Saudi.

Perbincangan untuk mewujudkan syarat seperti perjanjian di Asia Timur, yang dianggap antara yang paling kuat dimiliki Amerika di luar pakatan Eropahnya, tidak pernah dilaporkan sebelum ini, menurut The New York Times.


Penguasa de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, menganggap perjanjian pertahanan bersama Amerika sebagai unsur paling penting dalam perbincangannya dengan pentadbiran Encik Biden mengenai Israel, kata beberapa pegawai Amerika.

Pegawai Arab Saudi berkata perjanjian pertahanan kukuh akan membantu menghalang kemungkinan serangan oleh Iran atau rakannya yang bersenjata, walaupun dua pesaing serantau itu telah menjalin semula hubungan diplomatik.

Putera Mahkota Mohammed juga meminta pentadbiran Encik Biden membantu negaranya membangunkan program nuklear awam, yang dikhuatiri beberapa pegawai Amerika digunakan Arab Saudi sebagai program senjata nuklear bagi menentang Iran.

Sebarang perjanjian dengan Arab Saudi yang serupa pakatan Amerika dengan sekutu Asia Timurnya pasti mendapat bantahan keras di Kongres.

Beberapa penggubal undang-undang kanan Amerika, termasuk anggota parti Demokrat terkemuka, melihat kerajaan Arab Saudi dan Putera Mahkota Mohammed sebagai rakan kongsi tidak boleh dipercayai, yang tidak mengambil berat tentang kepentingan Amerika atau hak asasi manusia.

Sebuah perjanjian juga akan menimbulkan persoalan sama ada Encik Biden membuat Amerika lebih terkait secara ketenteraan dengan Timur Tengah.

Perjanjian sedemikian juga akan bercanggah dengan matlamat pentadbiran Encik Biden yang dinyatakan untuk mengorientasikan semula sumber ketenteraan Amerika dan keupayaan memerangi dari kawasan itu dan ke arah menghalang China, khususnya di rantau Asia-Pasifik.

Perbincangan Amerika dengan Arab Saudi dan Israel kebanyakannya berkisar pada tuntutan Putera Mahkota Mohammed terhadap pentadbiran Encik Biden.

Diplomasi itu dijangka muncul pada Rabu, apabila Encik Biden merancang bertemu Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga) di New York.

Tentera Amerika mempunyai pangkalan dan askar di Jepun dan Korea Selatan, tetapi pegawai Amerika berkata pada masa ini tiada perbincangan serius mengenai mempunyai kontinjen besar tentera Amerika di Arab Saudi.

Pentagon mempunyai hanya kurang 2,700 askar Amerika di Arab Saudi.

Desakan Encik Biden bagi perjanjian Saudi-Israel adalah satu usaha yang tidak lama dahulu sukar dibayangkan.

Beliau berjanji semasa kempen Pilihan Raya Presiden 2020 akan menjadikan Arab Saudi negara ‘pariah’.

Perjanjian itu boleh menjadi kelebihan politik bagi pemerintah sayap kanan ekstrem Encik Netanyahu, yang dikritik pegawai Amerika kerana tindakannya melemahkan badan kehakiman Israel dan menggalak pembinaan penempatan di kawasan Palestin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >