Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudi tidak lagi wajibkan vaksin meningitis untuk jemaah umrah

Feb 7, 2025 | 12:46 PM
Arab Saudi telah menggantung keperluan vaksin meningitis bagi jemaah umrah. Keputusan itu disampaikan melalui surat pekeliling rasmi yang dihantar kepada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang kerajaan, termasuk pengangkutan swasta.
Arab Saudi telah menggantung keperluan vaksin meningitis bagi jemaah umrah. Keputusan itu disampaikan melalui surat pekeliling rasmi yang dihantar kepada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang kerajaan, termasuk pengangkutan swasta. - Foto INSTAGRAM HARAMAIN

RIYADH: Jemaah umrah yang ingin mengunjungi Arab Saudi kini tidak lagi diwajibkan untuk mendapatkan vaksin Neisseria meningitis

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi (Gaca) mengeluarkan pengumuman itu melalui surat pekeliling pada 6 Februari, yang mengemas kini syarat vaksinasi bagi menunaikan umrah.

Arahan itu mula berkuat kuasa pada 10 Februari, lapor Khaleej Times.

Pengumuman terbaru itu membatalkan surat pekeliling yang dikeluarkan pada Januari lalu yang mengarahkan semua jemaah umrah agar mendapatkan suntikan meningitis.

Surat pekeliling terkini itu telah dihantar kepada semua syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang kerajaan Saudi, termasuk pengangkutan swasta.

Sebelum pengumuman ini, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mewajibkan vaksin meningitis bagi semua jemaah umrah, tanpa mengira jenis visa.

Perubahan itu memberi kelonggaran kepada jemaah yang kini tidak perlu lagi menunjukkan bukti vaksin meningitis

Vaksin tersebut mesti diberikan tidak lebih dari tiga tahun dan tidak kurang dari 10 hari sebelum ketibaan di Arab Saudi.

Pada Mac 2024, pihak berkuasa juga telah mewajibkan vaksin flu bagi semua jemaah haji dan umrah.

Walaupun vaksin meningitis kini tidak lagi diwajibkan, pihak berkuasa masih mengesyorkan vaksin pneumokokus untuk mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan individu yang mempunyai penyakit kronik.

Para pelancong turut dinasihatkan supaya mendapatkan suntikan flu dan vaksin wajib lain sekurang-kurangnya 15 hari sebelum berlepas, berbanding dengan cadangan sebelumnya yang hanya 10 hari.

Gaca mengumumkan pembatalan itu melalui surat pekeliling rasmi yang dihantar kepada semua syarikat penerbangan di lapangan terbang kerajaan.

Bagaimanapun, jemaah dari beberapa negara masih diwajibkan untuk memberikan sijil vaksin polio sebagai syarat utama perjalanan.

Menurut Gaca, syarat vaksin polio itu terpakai untuk pelancong dari negara seperti Pakistan, Afghanistan, Nigeria, dan Somalia.

Pelancong mesti memperoleh sijil vaksinasi polio atau sijil vaksin virus polio yang tidak aktif sekurang-kurangnya empat minggu sebelum ketibaan di Arab Saudi.

Bagi mereka yang melakukan perjalanan transit di Arab Saudi dan berada di kawasan transit tidak lebih dari 12 jam akan dikecualikan daripada keperluan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg