Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saudia meterai perjanjian beli 100 teksi udara untuk jemaah

Jul 18, 2024 | 7:22 PM
Teksi udara itu akan digunakan untuk membawa jemaah antara Makkah dan Jeddah, serta membawa tetamu ke acara sukan utama di ibu kota Riyadh serta destinasi pelancongan.
Teksi udara itu akan digunakan untuk membawa jemaah antara Makkah dan Jeddah, serta membawa tetamu ke acara sukan utama di ibu kota Riyadh serta destinasi pelancongan. - Foto LILIUM

MUNICH: Saudia Group menandatangani perjanjian dengan syarikat Lilium pada 18 Julai untuk membeli 100 jet elektrik yang bakal digunakan sebagai teksi udara, termasuk untuk jemaah, kata syarikat berpangkalan di Jerman itu.

Ini tempahan terbesar diterima syarikat Lilium sedang ia berusaha membangun pesawat elektrik yang Berlepas dan Mendarat Secara Menegak (eVTOL) itu.

Saudia membuat pesanan bagi 50 jet eVTOL elektrik Lilium dengan pilihan untuk menambah 50 lagi jet kemudian, kata Lilium.

Pesawat pertama dijangka dihantar ke syarikat penerbangan milik kerajaan Saudi itu pada 2026.

Perjanjian tersebut ditandatangani di ibu pejabat Lilium di luar Munich semasa lawatan eksekutif Saudia ke Jerman.

Nilai perjanjian itu tidak diberikan.

Kelewatan dalam penghantaran peralatan ujian dan bahagian lain telah memaksa Lilium untuk menangguhkan penerbangan pertama pesawat tersebut sehingga awal 2025, katanya pada hari 17 Julai.

Lilium bersaing dalam pasaran kenderaan eVTOL yang bersaingan sengit, dengan harapan dapat menggantikan perjalanan jalan raya dengan pengangkutan pesawat atau helikopter.

Menurut Saudia, ia akan menggunakan pengangkutan udara itu untuk membawa jemaah antara Makkah dengan Jeddah, dan untuk membawa tetamu ke acara sukan utama di ibu kota Riyadh serta destinasi pelancongan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg