Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sektor aeroangkasa S’pura dijangka tarik 2,500 pekerja baru dalam tiga tahun mendatang

Feb 19, 2024 | 03:04 PM



Sektor aeroangkasa Singapura dijangka menarik seramai 2,500 pekerja baru sepanjang tiga tahun akan datang.

Menurut Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Alvin Tan, dengan pemulihan perjalanan udara di serata dunia, Singapura turut menjangka permintaan kukuh dan berterusan bagi khidmat Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik pulih (MRO).

Beliau berkata demikian semasa merasmikan simulator pesawat, Embraer E2, di Pusat Latihan Singapore Airlines pada 19 Februari.


Simulator penerbangan penuh Embraer E2 tersebut adalah yang pertama seumpamanya di rantau Asia-Pasifik.


Syarikat penerbangan Scoot akan memperoleh sembilan pesawat Embraer E190-E2 itu, tambahnya.


Encik Tan menyatakan sektor aeroangkasa kini semakin pulih selepas tempoh pandemik Covid-19 yang beransur hilang.

Sejak suku kedua 2022, tahap pengeluaran bulanan bagi sektor aeroangkasa pada umumnya melebihi tahap sebelum pandemik.

Sepanjang 2023, hasil aeroangkasa meningkat sebanyak 16 peratus berbanding tahun sebelumnya. Sektor tersebut dijangka mencatat prestasi yang sama teguh pada 2024, tambah beliau.

Industri penerbangan Singapura juga terus mencatatkan pertumbuhan dengan jumlah penumpang di Lapangan Terbang Changi dijangka mencapai tahap sebelum pandemik pada 2024 ini.

Dengan permintaan kukuh yang dijangka bagi khidmat MRO, Singapura sedang bekerjasama dengan syarikat aeroangkasa terkemuka untuk membangun teknologi perkilangan dan MRO baru di sini, kata Encik Tan.

Di bawah Perancangan Perubahan Industri (ITM) yang diperbaharui bagi industri aeroangkasa, Singapura sedang mempercepat usaha inovasi dan mengejar pelbagai bidang pertumbuhan, di samping membina kekuatan sedia ada dalam perkilangan dan MRO.

Ini termasuk bidang baru berkembang seperti kemampanan, elektrifikasi dan mobiliti udara lanjutan (AAM).

Beliau memberi contoh, pesawat yang berupaya terbang dan mendarat secara vertikal atau eVTOL, boleh menjadi enjin pertumbuhan baru bagi perjalanan udara.

Singapura, katanya lagi, sedang mengkaji pembangunan prasarana dan dasar yang sesuai untuk menggalak syarikat eVTOL menjalankan penyelidikan dan pengembangan (R&D), pengilangan dan khidmat MRO dalam bidang baru yang pesat berkembang itu.

Bagi menyokong usaha tersebut, Singapura perlu terus membangunkan bakat dan pasukan pekerja yang teguh.

Beliau turut memberi komitmen pemerintah untuk melengkapkan tenaga pekerja Singapura dengan kemahiran baru untuk masa depan.

Menurut beliau, Singapura mempunyai pelbagai inisiatif bersama agensi seperti SkillsFuture Singapura (SSG), Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan institut pengajian tinggi untuk melatih pekerja dengan kerjasama pertubuhan penaja.

Dengan hab serantau syarikat Embraer di Singapura yang meliputi Asia-Pasifik, dan perasmian simulator pesawat itu, Singapura berharap dapat meneroka lebih banyak peluang kerjasama dengan syarikat itu dalam usaha pembangunan bakat seperti inovasi digital untuk meningkatkan produktiviti pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >