Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

‘Saya tak akan berpisah dengan adik-adik walau apapun terjadi’

Sep 15, 2023 | 03:32 PM

SUNGAI PETANI: “Dalam sekelip mata, kami empat beradik kini yatim piatu tetapi sebagai abang, saya perlu kuat demi adik-adik dan tidak akan berpisah dengan mereka,” kata Muhammad Amirul Ikhwan Ridzuan, 17 tahun, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2023.

Muhammad Amirul Ikhwan adalah anak sulung kepada pasangan suami isteri, Encik Ridzuan Salleh @ Ramli, 42 tahun, dan Cik Rosmawati Ismail, 39 tahun, yang maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang mereka dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah trak tentera di Kilometer 87, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Gurun pada Khamis.

Dalam insiden kira-kira 2 petang itu, Encik Ridzuan yang bertugas sebagai anggota tentera di Kem Hobart, Jeniang, melecur serta cedera di badan dan disahkan terkorban di tempat kejadian, manakala Cik Rosmawati yang berniaga secara dalam talian pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Khamis.

Menurut Muhammad Amirul Ikhwan, kemalangan itu berlaku ketika ibu bapanya dipercayai sedang dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Permai Utama, Jeniang di Gurun, ke HSAH untuk menziarahi ibu Cik Rosmawati yang sakit, Cik Jamaliah Saad, 60 tahun.

Ketika itu, katanya, dia berada di tempat tuisyen di Guar Chempedak dan terkejut apabila dimaklumkan oleh rakannya bahawa ibu bapanya meninggal dunia akibat nahas.

“Memang terkejut dengan kejadian ini tetapi saya perlu kuat demi adik-adik. Tambahan pula, saya akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

“Saya akan menjaga adik-adik, Muhammad Alif Irfan, 16 tahun; Nurin Alya Iwanie, 12 tahun; dan Muhammad Ridz Danial, lima tahun. Saya tidak akan berpisah dengan mereka walau apapun terjadi,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSAH pada Jumaat, lapor Berita Harian Malaysia.

Muhammad Amirul Ikhwan berkata dia akan sentiasa mengingati amanat arwah ibu supaya menjaga adik-adik dengan baik dan menjaga solat lima waktu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3