Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS sedar Israel tahan 2 warganya di Gaza

Feb 09, 2024 | 11:20 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat menyedari laporan bahawa dua rakyatnya di Gaza telah ditahan tentera Israel dalam serbuan awal 8 Februari dan sedang mencari maklumat lanjut, kata Jabatan Negara.


Namun, jabatan itu tidak mengenal pasti dua warga Amerika itu dengan alasan privasi.

Tetapi keluarga dua warga Amerika-Palestin, Encik Hashem Alagha, 20 tahun, dan Encik Borak Alagha, 18 tahun, berkata kedua-dua beradik itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di barat bandar Khan Younis.

Empat saudara lain ditahan, termasuk bapa saudara lelaki warga Canada dan bapa saudaranya yang sakit, menurut sepupu saudara lelaki itu, Cik Yasmeen Elagha, yang tinggal dekat Chicago, Amerika.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Jabatan Negara berkata ia “menyedari laporan (penahanan) dua warga Amerika di Gaza dan (sedang) mencari maklumat tambahan”.

Tentera Israel tidak segera memberi sebarang komen.

Israel telah menangkap atau menahan ratusan rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober apabila ia melancarkan kempen ketenteraannya di wilayah itu berikutan serangan maut di Israel oleh kumpulan Hamas, menurut kumpulan penyokong Kelab Tahanan Palestin.

Kedua-dua beradik itu, yang dilahirkan di Chicago, masih belum dibenarkan meninggalkan Gaza, kata Cik Elagha.

Warga Amerika yang disenaraikan ingin meninggalkan Gaza di persimpangan Rafah, yang dikuasai Mesir, mesti mendapat kelulusan kedua-dua Israel dan Mesir.

Keluarga Cik Alagha mengambil tindakan saman terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, pada Disember 2023.

Beliau mendakwa pemerintah Amerika tidak melakukan secukupnya untuk memindahkan warga Amerika yang terperangkap di Gaza seperti yang dilakukan untuk rakyat Israel yang mempunyai dua kewarganegaraan selepas serangan Hamas pada 7 Oktober.

Jabatan Negara berkata ia telah membantu kira-kira 1,300 rakyat Amerika-Palestin meninggalkan Gaza dengan membawa mereka keluar ke negara jiran Mesir dengan bantuan pihak berkuasa Israel dan Mesir. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >