Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS sekali lagi halang gesaan gencatan senjata PBB

Feb 21, 2024 | 12:59 PM



NEW YORK: Amerika Syarikat sekali lagi menghalang usul ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menggunakan kuasa vetonya pada 20 Februari, sekali gus menghalang desakan untuk dilaksanakan gencatan senjata kemanusiaan segera.


Sebaliknya, negara itu mendorong Majlis Keselamatan yang mempunyai 15 anggota untuk mewujudkan gencatan senjata sementara, yang dikaitkan dengan pembebasan tebusan yang ditahan kumpulan Hamas.

Seramai 13 anggota majlis itu mengundi menyokong teks yang digubal Algeria, manakala Britain berkecuali.

Ini adalah veto ketiga Amerika seumpama itu, sejak bermulanya pertempuran Israel-Hamas pada 7 Oktober 2023.

“Undi yang menyokong draf ketetapan ini adalah sokongan kepada hak rakyat Palestin untuk hidup.

“Sebaliknya, mengundi menentangnya membayangkan pengesahan keganasan kejam dan hukuman kolektif yang dikenakan ke atas mereka,” kata Duta Besar Algeria ke PBB, Encik Amar Bendjama, kepada Majlis Keselamatan sebelum pengundian.

Duta Besar Amerika ke PBB, Cik Linda Thomas-Greenfield, telah memberi isyarat pada 17 Februari bahawa Amerika akan menggunakan kuasa veto ke atas draf ketetapan itu, atas kebimbangan bahawa ia boleh menjejas rundingan antara Amerika, Mesir, Israel dan Qatar, yang bertujuan meredakan perang dan pembebasan tebusan yang ditahan Hamas di Jaluran Gaza.

“Menuntut gencatan senjata segera tanpa syarat tanpa persetujuan yang memerlukan Hamas membebaskan tebusan, tidak akan membawa keamanan yang berkekalan.

“Sebaliknya, ia boleh memanjangkan pertempuran antara Hamas dengan Israel,” kata Cik Thomas-Greenfield kepada majlis itu sebelum pengundian.

Ketetapan yang digubal Algeria, yang dihalang Amerika, tidak mengaitkan gencatan senjata dengan pembebasan tebusan.

Ia secara berasingan menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan pembebasan serta-merta dan tanpa syarat semua tebusan.

Duta Britain di PBB, Cik Barbara Woodward, memberitahu Majlis Keselamatan selepas undian:

“Hanya menyeru gencatan senjata seperti yang dilakukan ketetapan ini, tidak akan merealisasikannya.

“Cara untuk menghentikan pertempuran dan berpotensi menghentikannya daripada dimulakan semula adalah bermula dengan persetujuan untuk membebaskan tebusan dan membenarkan bantuan masuk ke wilayah itu.”

Amerika kini telah mencadangkan draf ketetapan berlainan yang menggesa gencatan senjata sementara dalam perang Israel-Hamas dan menentang serangan darat besar-besaran oleh sekutunya Israel, di Rafah, seperti yang terkandung dalam teks yang dilihat oleh agensi berita Reuters pada 19 Februari.


Washington tidak senang dengan perkataan gencatan senjata dalam sebarang tindakan PBB mengenai perang Israel-Hamas.

Draf ketetapan Amerika itu akan menyaksikan Majlis Keselamatan “menegaskan sokongannya untuk gencatan senjata sementara di Gaza secepat mungkin, berdasarkan formula semua tebusan dibebaskan, dan menyeru untuk menghapuskan semua halangan kepada pemberian bantuan kemanusiaan secara berskala”.

Ini adalah kali kedua sejak 7 Oktober yang mana Washington mencadangkan ketetapan Majlis Keselamatan mengenai Gaza.

Russia dan China menggunakan undi veto bagi percubaan pertamanya pada akhir Oktober 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >