Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS sekat visa peneroka Israel, mahu keganasan dihentikan di Tebing Barat

Dec 06, 2023 | 02:32 PM



WASHINGTON: Dalam tindakan menghukum, yang jarang berlaku terhadap Israel, Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia akan mengenakan larangan perjalanan ke atas peneroka Yahudi ekstremis yang terlibat dalam serangan baru-baru ini ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat.


Setiausaha Negara, Encik Antony Blinken, mengumumkan keputusan itu pada 5 Disember selepas memberi amaran kepada Israel minggu lalu bahawa pentadbiran Presiden Encik Joe Biden akan mengambil tindakan ke atas serangan itu.

Namun, Encik Blinken tidak mengumumkan larangan visa individu, tetapi pegawai itu berkata ia akan dilaksanakan minggu ini dan boleh menjejas berpuluh-puluh peneroka dan keluarga mereka.

“Kami telah menekankan kepada pemerintah Israel keperluan untuk melakukan lebih banyak lagi untuk mempertanggungjawabkan peneroka pelampau yang telah melakukan serangan ganas terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat,” kata Encik Blinken dalam satu kenyataan.

“Seperti yang telah berulang kali Presiden Biden katakan, serangan itu tidak boleh diterima,” tambahnya.

“Hari ini, jabatan negara sedang melaksanakan dasar sekatan visa baru yang menyasarkan individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menjejaskan keamanan, keselamatan atau kestabilan di Tebing Barat.

“Ini termasuk tindakan ganas atau tindakan lain yang menyekat akses orang awam secara tidak wajar dalam mendapatkan perkhidmatan penting dan keperluan asas,” tegas Encik Blinken.

Beliau berkata memandangkan ketegangan amat tinggi akibat konflik di Gaza, pihaknya akan bertindak dengan terus mencari peneroka yang melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin dan serangan rakyat Palestin terhadap warga Israel di Tebing Barat dan Israel.

“Kedua-dua Israel dan Penguasa Palestin mempunyai tanggungjawab untuk menegakkan kestabilan di Tebing Barat. Ketidakstabilan membahayakan rakyat Israel dan Palestin serta mengancam kepentingan keselamatan negara Israel,” tambahnya.

Langkah pada 5 Disember itu dibuat hanya sebulan selepas Israel dibenarkan masuk ke dalam program pengecualian visa yang membenarkan warganya masuk tanpa visa ke Amerika. Mereka yang disasarkan tidak akan layak untuk menyertai program ini dan mereka yang memegang visa semasa Amerika akan dibatalkan.

Pentadbiran Encik Biden telah teguh menyokong Israel sejak serangan Hamas pada 7 Oktober, walaupun kritikan antarabangsa terhadap operasi ketenteraannya meningkat.

Namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Rumah Putih telah meningkatkan gesaan kepada Israel supaya melakukan lebih banyak lagi untuk mengehadkan korban awam ketika ia menyasarkan tindakan terhadap selatan Gaza yang padat dengan penduduk. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >