SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sekilas

Sekilas

Jan 11, 2021 | 5:30 AM

Sekilas

USAHA CARI MANGSA: Pekerja penyelamat berusaha mencari mangsa selepas dua kejadian tanah runtuh di Sumedang, Jawa Barat, semalam. - Foto AFP
USAHA CARI MANGSA: Pekerja penyelamat berusaha mencari mangsa selepas dua kejadian tanah runtuh di Sumedang, Jawa Barat, semalam. - Foto AFP -

11 maut, 18 cedera dalam tanah runtuh di barat Indonesia

JAKARTA: Tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di barat Indonesia membunuh 11 orang dan mencederakan 18 yang lain, kata Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) semalam.

Tanah runtuh di Desa Cihanjuang di Jawa Barat, kira-kira 150 kilometer ke arah tenggara ibu kota Jakarta berlaku sekitar 4 petang dan 7.30 malam kelmarin, kata jurucakap BNPB Raditya Jati dalam satu kenyataan.

"Tanah runtuh pertama berlaku selepas hujan lebat dan keadaan tanah yang tidak stabil.

"Tanah runtuh berikutnya berlaku ketika petugas masih memindahkan mangsa di sekitar kawasan tanah runtuh pertama," kata Raditya. - Reuters

AS, Britain, Canada, Australia lahir 'kebimbangan serius' penangkapan di HK

WASHINGTON: Amerika Syarikat, Britain, Australia dan Canada telah mengeluarkan kenyataan kelmarin melahirkan "kebimbangan serius" mengenai penangkapan besar-besaran tokoh demokrasi Hong Kong di bawah undang-undang keselamatan baru, yang merupakan sebahagian daripada tindakan keras Beijing.

Lebih 1,000 pegawai polis menahan 53 tokoh terkemuka - termasuk seorang warga Amerika - dalam serbuan pada waktu subuh Rabu lalu atas tuduhan "subversif", satu jenayah keselamatan nasional baru yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Operasi tersebut merupakan tindakan terkini Beijing untuk membanteras pihak-pihak yang menentang pentadbiran Hong Kong. Namun sebilangan besar mereka yang ditangkap itu telah dibebaskan. - AFP

Rakyat M'sia dinasihatkan usah panik jelang pengumuman PM Muhyiddin

KOTA BHARU: Kerajaan mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan pembelian panik dengan pelbagai jangkaan mengenai pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai tidak harus terpengaruh dengan khabar angin di media sosial, kononnya ada sekatan jalan raya polis mulai malam kelmarin.

"Jangan bimbang, esok (hari ini) akan ada pengumuman oleh Perdana Menteri dan kita akan tahu. Jadi, jangan serbu (pasar raya). Masyarakat perlu bertenang. Kita tahu, rakyat takut sebab Covid-19 semakin meningkat," kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan barang bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan di Kem Pengkalan Chepa semalam.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg