Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



Covid-19: Korban di Britain lepasi 100,000 orang



LONDON: Jumlah kematian di Britain disebabkan oleh wabak koronavirus melampaui 100,000 orang pada Selasa sedang kerajaan mempercepat pelaksanaan vaksinasi dan memantau penularan varian virus.



Menurut ketua pegawai perubatan England, lebih banyak kematian dijangka sebelum program vaksinasi bermula.



Britain mempunyai jumlah korban Covid-19 kelima tertinggi di dunia dan melaporkan angka 1,631 kematian dengan 20,089 kes pada hari Selasa, Jumlah 100,162 kematian yang dicatatkan ekoran Covid-19 ini adalah lebih banyak daripada jumlah warga Britain yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua dan dua kali gandi yang terkorban dalam kempen pengeboman Blitz 1940-41.



England telah melaksanakan semula kawalan pergerakan pada 5 Januari lalu. Ini merangkumi penutupan pub, restoran, kedai yang tidak penting dan sekolah. Sekatan perjalanan lebih lanjut juga telah diperkenalkan. - Reuters.




New South Wales longgar sekatan pergerakan



SYDNEY: Australia sudah masuk hari ke-10 tanpa kes Covid-19 tempatan yang baru semalam. Ini membolehkan New South Wales (NSW) itu melonggarkan sekatan koronavirus.



NSW tidak mencatatkan kes tempatan selama 10 hari selepas mencatatkan jumlah kes satu angka yang rendah pada awal Januari.



Victoria, yang menjadi tuan rumah kejohanan tenis Terbuka Australia, sudah tiga minggu tidak melaporkan jangkitan dalam kalangan masyarakat.



Australia berjaya mengatasi penularan kecil dengan jumlah 22,000 kes tempatan sejak Mac 2020 dan 909 kematian, pada saat kes koronavirus global meningkat menjadi 100 juta dengan jumlah kematian melebihi 2 juta. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >