Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



Satu dos vaksin Pfizer tawar dua pertiga perlindungan Covid-19



LONDON: Satu dos vaksin Pfizer-BioNTech menawarkan dua pertiga perlindungan terhadap virus Covid-19, menurut data yang diterima kerajaan Britain. Dapatan awal daripada program vaksinasi Britain yang bakal diumumkan dalam beberapa hari itu menunjukkan bahawa dos pertama vaksin itu dapat mengurangkan simptom risiko jangkitan pesakit sebanyak 65 peratus dalam kalangan dewasa dan 64 peratus dalam golongan warga berusia 80 tahun ke atas, kata sumber.



Data yang pertama kali dilaporkan oleh akhbar The Sun itu menunjukkan bahawa dua dos daripada vaksin Pfizer melihat kadar perlindungan meningkat antara 79 dengan 84 peratus, bergantung pada usia. Lebih 12.6 juta orang di Britain menerima dos pertama vaksin Pfizer ataupun vaksin Oxford-AstraZenaca, menurut data terbaru yang diterbit kelmarin. - Agensi berita.




Kajian: Rawatan semput mampu kurangkan simptom Covid-19



LONDON: Rawatan semput yang biasa digunakan dikatakan dapat mengurangkan keperluan pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital dan masa pemulihan. Ini jika rawatan itu diberi dalam masa tujuh hari sejak kemunculan simptom, kata pengkaji dari Oxford Universiti kelmarin.



Kajian yang dilakukan selama 28 hari dengan 146 pesakit mencadangkan agar steroid budesonide (dijual sebagai Pulmicort oleh AstraZenaca Plc dan digunakan untuk merawat paru-paru perokok) disedut supaya risiko rawatan kecemasan atau dimasukkan ke hospital dikurangkan sebanyak 90 peratus, berbanding rawatan biasa, kata Oxford Universiti.



Pengkaji mengatakan bahawa rawatan itu diilhamkan oleh pesakit dengan penyakit pernafasan kronik, yang sering diberikan steroid yang disedut, kurang ditunjukkan oleh pesakit Covid-19 di hospital ketika tempoh awal wabak tersebut. – Reuters.




Moderna bekal vaksin kepada Taiwan dan Columbia



NEW YORK: Pembuat ubat Amerika Syarikat Moderna Inc mengatakan kelmarin bahawa mereka telah menandatangani perjanjian pembekalan vaksin Covid-19 dengan pemerintah Taiwan dan Colombia masing- masing dengan bekalan lima juta dan 10 juta dos vaksin itu.



Vaksin Covid-19 Moderna masih belum diluluskan untuk penggunaan di Taiwan atau Colombia.



Syarikat itu mengatakan dalam satu kenyataan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan kelulusan sebelum diagihkan.



Penghantaran vaksin itu akan bermula pada pertenghahan tahun ini, tambah syarikat itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >