Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Sekitar 20 jemaah umrah maut dalam nahas bas di Arab Saudi

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



JEDDAH: Sekurang-kurangnya 20 jemaah umrah terbunuh apabila bas yang dinaiki mereka menuju ke Makkah untuk menunaikan umrah terbabas dan terbalik dalam perjalanan, menurut media tempatan.



Menurut media Arab Saudi, nahas itu berlaku sekitar 4 petang waktu tempatan pada Selasa di jalan raya Aqabat Shaar sepanjang 14 kilometer yang menghubungkan wilayah Asir dengan bandar Abha.



Bas tersebut sedang dalam perjalanan dari Khamis Mushayt menuju ke Abha di Arab Saudi.



Menurut agensi akhbar Saudi, jalan raya itu merentasi kawasan gunung-ganang dan mempunyai 11 terowong serta 32 jambatan.



Apabila bas itu sedang melintasi salah satu jambatan itu, breknya dilaporkan rosak dan ini menyebabkannya terbabas merempuh penghadang di hujung jambatan itu.



Bas tersebut kemudian terbalik dan terbakar.



Pasukan pertahanan awam Saudi dan pasukan Sabit Merah dikerah untuk memberikan respons ekoran kemalangan itu serta menutup kawasan itu buat sementara waktu.



Sekitar 29 lagi penumpang turut cedera dalam nahas tersebut, menurut laporan media.



Mangsa yang terkorban dan cedera dalam kemalangan itu telah dibawa ke hospital berdekatan.



Media melaporkan mangsa terdiri daripada warga Saudi dan jemaah asing, namun kerakyatan mereka tidak dinyatakan.



Dalam satu video yang tular di media sosial, kenderaan kecemasan termasuk dua ambulans boleh dilihat sedang menuju ke tempat kejadian.



Video itu turut menunjukkan bas berkenaan dalam keadaan terbalik, dan hangus dijilat api.



Pada 2019, seramai 35 orang terkorban, manakala empat lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas dengan sebuah lori di Madinah.



Nahas melibatkan bas sewa peribadi yang membawa 39 jemaah dari negara Asia dan Arab itu menyusuli satu lagi kemalangan pada 2018 yang meragut nyawa empat jemaah dari Britain apabila bas yang mereka naiki berlanggar dengan lori tangki minyak.



Pada Mac 2018 pula, satu nahas jalan raya di Arab Saudi turut mengorbankan Allahyarham Ustaz Mohammad Abu Bakar yang merupakan pengarah syarikat Abu Bakar Travel Services ketika itu.



Allahyarham, yang sedang menunaikan ibadah umrah dan membawa sekitar 30 jemaah Singapura, terkorban apabila bas yang mereka naiki berlanggar dengan treler dalam perjalanan ke bandar Taif.



Seramai 27 jemaah lain yang berada di dalam bas itu turut mengalami kecederaan dengan tiga lagi turut dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU). - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >