Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekolah ditutup, Internet disekat setelah Manipur kembali bergolak

Sep 27, 2023 | 11:54 AM



NEW DELHI: Pemerintah negeri Manipur mengumumkan pada Selasa bahawa semua sekolah pemerintah, sekolah yang mendapat bantuan pemerintah dan sekolah swasta akan ditutup sehingga Jumaat berikutan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam yang tidak menentu di negeri tersebut.


Pihak berkuasa turut menggantung perkhidmatan Internet mudah alih selama lima hari di seluruh negeri dan sekatan intu akan berlangsung sehingga 7.45 malam pada 1 Oktober.

Sekatan Internet mudah alih di timur laut India itu dilakukan setelah Manipur dilanda keganasan sekali lagi selepas foto dua pelajar yang maut tular dalam talian.

Tindakan itu dibuat susulan protes di ibu negeri Imphal berhubung pembunuhan dua pelajar yang hilang pada Julai.

Jabatan Dalam Negeri Manipur dalam kenyataannya berkata:

“Memandangkan keadaan undang-undang dan ketenteraman awam yang tidak menentu di negeri Manipur, pemerintah negeri dengan serius dan penuh kepekaan menyekat penyebaran maklumat palsu, khabar angin yang tidak benar dan kegiatan ganas melalui pelbagai wadah media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan X (dulu Twitter).

“Ia juga melibatkan peralatan elektronik seperti tablet, komputer, telefon bimbit dan penghantaran SMS yang mungkin memudahkan atau menggerakkan kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan yang mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda awam atau memburukkan lagi keadaan ketenteraman awam di negeri ini.”

Langkah-langkah ini diambil sebagai tindak balas terhadap penyebaran maklumat yang mengancam keselamatan awam. Pihak berkuasa meminta rakyat Manipur agar tetap tenang dan mengikuti arahan yang diberikan untuk menjaga keselamatan dan keamanan bersama.

Manipur kini berada dalam keadaan tegang akibat keganasan dan konflik etnik yang berlarutan sejak 3 Mei lalu. Konflik itu berpunca daripada pertikaian antara kelompok berkenaan faedah pekerjaan dengan hak milik tanah.

Berikutan kejadian tragis di mana seorang pelajar dilaporkan hilang dan kemudiannya ditemui mati, Ketua Menteri Manipur, Encik N Biren Singh, memberikan jaminannya kepada rakyat.

“Dalam menghadapi berita duka yang diterima, saya mahu memberitahu rakyat Manipur bahawa pemerintah negeri dan pusat sedang bekerjasama erat untuk menghukum dan menangkap mereka yang bertanggungjawab,” ujar Encik Biren Singh.

Laporan terkini menunjukkan bahawa lebih 180 orang meninggal dunia dalam tempoh lima bulan terakhir, sementara puluhan ribu lainnya terpaksa menanggung akibat keganasan yang berlaku. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >