Sekurang-kurangnya 17 maut dalam protes pro-Iran di seluruh Pakistan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekurang-kurangnya 17 maut dalam protes pro-Iran di seluruh Pakistan

Mar 2, 2026 | 2:08 PM

Sekurang-kurangnya 17 maut dalam protes pro-Iran di seluruh Pakistan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
protes pakistan, pro-iran
Masyarakat Syiah membakar pintu masuk konsulat Amerika Syarikat di Lahore pada 1 Mac semasa protes menentang kematian pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, akibat serangan Amerika-Israel. - Foto AFP

KARACHI: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh di seluruh Pakistan pada 1 Mac ketika penunjuk perasaan yang berang atas kematian pemimpin tertinggi Iran turun ke jalanan, dengan sebahagiannya cuba menyerbu bangunan diplomatik Amerika Syarikat.

Di Karachi, ratusan penunjuk perasaan pro-Iran dilaporkan cuba memasuki konsulat Amerika, mencetuskan pertempuran dengan polis.

Sekurang-kurangnya 10 orang telah meninggal dunia dan lebih 70 cedera pada petang 1 Mac, kata pejabat pakar bedah polis Karachi.

Terdahulu, angka kematian di hospital yang dilihat oleh AFP menyenaraikan sembilan orang meninggal dunia akibat luka tembakan.

Di bandar Gilgit di utara, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam pertempuran dengan polis, kata pegawai penyelamat Encik Zaheer Shah.

Beribu-ribu orang berkumpul di jalan-jalan di ibu kota Islamabad, ramai yang memegang gambar pemimpin Iran Ali Khamenei.

Ini telah mendorong polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang berhimpun berhampiran kedutaan Amerika.

Israel dan Amerika telah melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran awal 28 Februari, dengan cepat membunuh pemimpin tertinggi Iran yang telah lama memerintah itu dan mencetuskan kemarahan di negara jiran Pakistan.

Perdana Menteri Pakistan, Encik Shehbaz Sharif, yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika dan Iran, berkata pada petang 1 Mac bahawa pembunuhan Encik Khamenei adalah “pelanggaran” undang-undang antarabangsa.

“Ia adalah konvensyen lama bahawa ketua negara atau pemerintah tidak boleh disasarkan dalam serangan,” tulis Encik Sharif di X.

“Rakyat Pakistan menyertai rakyat Iran dalam saat kesedihan dan kedukaan mereka dan menyampaikan ucapan takziah yang paling tulus atas kematian” Encik Khamenei, tambahnya.

Pada protes di Karachi pada 1 Mac, orang ramai melaungkan slogan menentang Amerika, Israel dan sekutu mereka.

“Kami tidak memerlukan apa-apa di Pakistan yang dikaitkan dengan Amerika,” kata seorang penunjuk perasaan, Encik Sabir Hussain.

Terdahulu, sekumpulan anak muda memanjat pintu pagar utama dan berjaya memasuki laluan masuk bangunan konsular, memecahkan beberapa tingkap.

Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan, yang kemudiannya bersurai, menurut wartawan AFP itu.

Kedutaan Amerika dan Britain menggesa warga negara mereka supaya berhati-hati dan berwaspada di Pakistan.

Kira-kira 4,000 orang turun ke jalanan di ibu negara Islamabad dan keadaan huru-hara itu memaksa polis melepaskan tembakan dan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg