Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 40 maut, 140 cedera dalam letupan di Kabul; Taleban dakwa bertanggungjawab

Jan 27, 2018 | 08:39 PM



KABUL (AFP) - Sebuah ambulans yang sarat bahan letupan meletup di kawasan sesak di Kabul pada Sabtu (27 Jan), membunuh sekurang-kurangnya 40 orang dan mencederakan 140 orang lain, kata pegawai .



Kumpulan Taleban mendakwa melakukannya.



Penyerang melakukan serangan itu berdekatan bangunan lama Kementerian Dalam Negeri, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri  Nasrat Rahimi kepada AFP.



"Pengebom nekad menggunakan ambulans untuk melewati pusat pemeriksaan. Dia melewati pemeriksaan pertama dengan mengatakan dia sedang membawa pesakit ke hospital Jamuriate. Di tempat pemeriksaan kedua dia dikenali lalu meletupkan kereta yang sarat bahan letupan," kata jurucakap kementerian dalaman Nasrat Rahimi kepada AFP.



Taleban mengaku bertanggungjawab atas serangan itu di luar pejabat delegasi Kesatuan Eropah dan pejabat kementerian dalam negeri.



NGO Kecemasan Italy berkata tujuh mayat dan 70 yang cedera dibawa ke hospitalnya, dengan penyelaras Dejan Panic mengirim tweet bahawa ia telah menjadi satu "pembunuhan beramai-ramai".



Seorang wartawan AFP berkata beliau melihat 'ramai orang yang mati dan cedera' di sebuah hospital berdekatan. Sebuah pasar peralatan tulis yang popular terletak berhampiran tempat letupan. Letupan menggegarkan itu menyebabkan tingkap bangunan di sekelilingnya berkecai dan beberapa struktur tingkat rendah runtuh.



Ibu pejabat polis Kabul juga berada di sekitar kawasan letupan itu.

"Ia menyasarkan pusat pemeriksaan kami. Letupannya benar-benar besar - semua tingkap kami pecah, "kata Hassina Safi, anggota Majlis Damai Tinggi, yang bertanggungjawab berunding dengan Taleban. "Setakat ini tiada laporan sama ada anggota kami cedera atau terbunuh," katanya kepada AFP.



Letupan itu berlaku tepat seminggu selepas militan Taleban menyerang sebuah hotel mewah di Kabul, membunuh sekurang-kurangnya 22 orang, majoriti orang asing.



Satu amaran keselamatan dikeluarkan kepada orang asing pada hari Sabtu pagi tentang rancangan serangan agresif terhadap pasar raya, kedai dan hotel yang sering dikunjungi warga asing.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >