Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Selagi perang Israel-Hamas berlanjutan, Netanyahu kekal selaku ketua

Jan 15, 2024 | 05:30 AM



Keputusan Mahkamah Agung Israel menolak kawalan perundangan ke atas badan kehakiman, menamatkan buat masa ini, usaha pemerintah sayap kanan, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, untuk mengurangkan kuasa mahkamah itu.

Langkah itu telah mencetuskan bantahan selama sembilan bulan, yang hanya berakhir apabila kumpulan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober.

Protes itu telah memecahbelahkan Israel secara mendalam, namun, perang yang menyusul menyatukannya.

Malah juruterbang dan pasukan tentera kerahan yang telah berikrar untuk mengabaikan latihan ketenteraan, serta-merta muncul untuk berperang sebelum mereka dikerah.

Pemerintahahan Encik Netanyahu akan bertindak balas dengan merayu sekali lagi usaha mewujudkan perpaduan semasa perang, agar kelemahannya tidak dibesar-besarkan.

Ini merupakan satu lagi versi hujah Encik Netanyahu, terhadap hampir setiap pengkritik berhubung prestasinya, dan dasar-dasarnya – bahawa ini semua perkara yang perlu dibincangkan “selepas perang”.

Keputusan mahkamah, biar betapa penting, dijangka mempunyai sedikit atau tiada kesan ke atas cara perang itu dikendalikan.

“Saya tidak fikir keputusan itu akan mengubah apa-apa,” kata Encik Amit Segal, kolumnis politik untuk akhbar Israel, Yedioth Ahronoth yang melaporkan kebocoran keputusan itu, dan dianggap rapat dengan Encik Netanyahu.


Malah sebelum perang lagi, beliau menambah: “(Encik) Netanyahu tidak punya cukup artileri... untuk menewaskan lawannya.”

Israel menganggap perang itu sebagai cara terbaik untuk memulihkan reputasi negara itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dihapuskan, dan sebagai mercu tanda keselamatan bagi orang Yahudi di seluruh dunia.

Keputusan mahkamah itu menjadi inti perdebatan, sama ada Israel akan kekal sebagai demokrasi yang berkembang maju, yang penting untuk hubungan istimewanya dengan Barat.

Dilihat secara sempit, mahkamah telah memutuskan bahawa badan kehakiman mesti dapat memberikan semakan terhadap keupayaan majoriti mudah di Parlimen Israel, Knesset, untuk mengubah undang-undang asas negara dan mengubah watak demokrasi negara.

Ia membuka kemungkinan perubahan undang-undang asas, melalui undian khas dengan majoriti lebih besar.

Encik Netanyahu dan sekutunya, telah berhujah bahawa mahkamah mempunyai terlalu banyak kuasa ke atas perundangan oleh penggubal undang-undang yang dipilih, terlalu liberal dan dipilih secara tidak demokratik.

Keputusan mahkamah itu dilihat oleh pengkritik Encik Netanyahu, yang perbicaraannya sendiri atas tuduhan rasuah sedang berjalan, sebagai telah menyelamatkan sifat demokrasi yang seimbang dalam negara, tanpa perlembagaan dan dewan atasan.

Beberapa orang, seperti bekas peguam negara dan bekas hakim Mahkamah Agung, Encik Menachem Mazuz, menyebutnya “keputusan paling penting sejak penubuhan negara itu”.

Sehingga kini, Encik Mazuz berkata dalam temu bual telefon: “Knesset berpendapat mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu, menentukan bahawa terdapat dua matahari pada waktu siang dan empat pada waktu malam.”

Mahkamah bagaimanapun telah memutuskan “terdapat had pada pihak berkuasa Knesset, bahawa adalah mustahil untuk memudaratkan watak demokratik atau Yahudi negara itu.

Keputusan itu juga “memainkan isu perang budaya yang sedia ada di Israel,” kata Encik Bernard Avishai, seorang penganalisis Israel-Amerika di Baitulmakdis.

Matlamat utama Israel adalah untuk menjadi lebih kuat dan lebih menakutkan. Ramai yang berpendapat Israel tidak boleh memenangi peperangan itu. Maka ia memerlukan bantuan dunia termasuk bekalan senjata daripada Amerika Syarikat.

Encik Netanyahu dan sekutunya, mendesak agar “negara Yahudi memerintah seluruh tanah Israel,” termasuk menduduki sebahagian besar Tebing Barat.

Malah, beberapa orang menterinya mencadangkan penempatan semula Gaza. Sementara “mahkamah dilihat sebagai cuba meliberalisasikan negara”.

Bagi Cik Dahlia Scheindlin, seorang penganalisis dan yang melakukan tinjauan pendapat, “terdapat kaitan langsung antara hasil perang ini dengan sifat Israel, negara jenis apakah itu dan sama ada ia boleh terus mendakwa sebagai sebuah negara demokratik”.

Perang itu, katanya, “telah menjadi penggerak hebat untuk reka bentuk yang paling meluas bagi pemerintah sayap kanan, termasuk pendudukan, kemungkinan pengusiran dan kedaulatan Yahudi yang lengkap dan rasmi, ke atas seluruh tanah dan penduduk di dalamnya”.

Encik Netanyahu dijangka menggunakan keputusan itu untuk terus cuba meningkatkan majoriti tipisnya di Parlimen, dibina atas gabungannya dengan nasionalis agama dan sayap kanan.

Encik Netanyahu telah menolak untuk mengutuk beberapa kenyataan paling keras oleh sekutunya, mengenai pendudukannya di Tebing Barat dan penempatan semula Gaza.

Beliau telah menunjukkan dirinya sebagai benteng yang penting terhadap kritikan seluruh dunia, termasuk Amerika, dan keseluruhan idea, yang digemari oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengenai Gaza masa depan yang diperintah oleh Penguasa Palestin yang “dihidupkan semula”.

Dalam satu contoh baru-baru ini, Encik Netanyahu menyokong menteri kewangan sayap kanannya, Encik Bezalel Smotrich, yang menolak permintaan Encik Biden supaya Israel memindahkan kepada Penguasa Palestin, dana cukai Palestin yang dikutipnya bagi pihak berkuasa, yang bertujuan untuk pekerjanya di Gaza.

Ini memberi isyarat bahawa beliau akan meletakkan jawatan. Tetapi “Bibi (nama gelaran bagi Encik Netanyahu) masih juara mereka,” kata Encik Avishai.

Encik Netanyahu juga telah menjelaskan, baru-baru ini pada satu sidang akhbar, bahawa beliau tidak berhasrat untuk meletakkan jawatan, walaupun selepas perang dan walaupun parti Likudnya tenggelam dalam tinjauan pendapat.

Tinjauan Saluran 13 mengatakan bahawa pilihan raya sekarang akan menjamin Likud hanya 16 kerusi dan, bersama-sama dengan parti gabungannya sekarang, hanya 45 kerusi dalam 120 kerusi Knesset, berbanding 38 kerusi untuk saingan Encik Netanyahu, Encik Benny Gantz dan 71 kerusi untuk parti pembangkang .

Cik Scheindlin, yang melakukan tinjauan pendapat, berkata gesaan Likud yang diselaraskan untuk perpaduan zaman perang selepas keputusan mahkamah, adalah bijak dari segi politik, kerana penyokong parti juga tidak begitu mengambil berat tentang baik pulih kehakiman, seperti isu-isu lain, termasuk keputusan perang.

Encik Segal, bagaimanapun, berkata bahawa keputusan itu mungkin membantu meningkatkan sokongan Likud, kerana ramai pengundi parti itu akan marah mengenainya.

Namun, seruan untuk perpaduan dan tuduhan bahawa keputusan mahkamah menjejas usaha perang, adalah “agak sinis,” kata Cik Scheindlin, “kerana rang undang-undang reformasi kehakiman yang sebenarnya merobek negara”.

Parti Likud Encik Netanyahu berkata bahawa “keputusan mahkamah bercanggah dengan keinginan rakyat untuk perpaduan, terutamanya pada masa perang.”

Sementara itu, Encik Itamar Ben Gvir, menteri keselamatan negara, berkata: “Pada masa askar kita memberikan nyawa mereka untuk rakyat Israel di Gaza setiap hari, para hakim mahkamah tinggi memutuskan untuk melemahkan semangat mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >