Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selepas operasi 50 tahun, restoran ayam goreng popular di Indo baru dedah guna minyak babi

Pihak pengurusan Ayam Goreng Widuran tambah label ‘Tidak Halal’ pada papan tanda restoran, IG, Google Maps untuk makluman pelanggan
May 26, 2025 | 11:02 PM
Sebuah restoran ayam goreng terkenal di Solo, Indonesia, Ayam Goreng Widuran, mencetus kontroversi selepas didapati menggunakan minyak babi bagi tujuan memasak hidangan ayam gorengnya.
Sebuah restoran ayam goreng terkenal di Solo, Indonesia, Ayam Goreng Widuran, mencetus kontroversi selepas didapati menggunakan minyak babi bagi tujuan memasak hidangan ayam gorengnya. - Foto INSTAGRAM AYAM GORENG WIDURAN

SOLO: Sebuah restoran ayam goreng terkenal di Solo, Indonesia, Ayam Goreng Widuran, mencetuskan kontroversi selepas didapati menggunakan minyak babi bagi tujuan memasak hidangan ayam gorengnya, sekali gus mencetuskan rasa kecewa dalam kalangan pelanggan beragama Islam.

Restoran yang telah beroperasi sejak 1973 itu, terletak di Jalan Sutan Syahrir No. 71, Kelurahan Kepatihan Kulon, Kecamatan Jebres, dan cukup terkenal sebagai destinasi makanan ayam kampung goreng berperisa tradisional Jawa.

Salah seorang kakitangan restoran itu, Ranto, mengakui bahawa status tidak halal pada menu mereka hanya diumumkan selepas insiden aduan pelanggan tular di media sosial beberapa hari lalu, lapor laman Sinar Harian.

“Memang ada makluman bahawa menu itu tidak halal, terutama pada bahagian ‘kremes’ (keripik ayam). Tapi sejak ‘viral’ baru-baru ini, barulah pihak restoran beri penjelasan secara terbuka,” katanya pada 24 Mei.

Ranto turut memaklumkan bahawa kebanyakan pelanggan mereka sejak dahulu lagi terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Susulan kritikan yang diterima, pihak pengurusan Ayam Goreng Widuran telah menambah label ‘Tidak Halal’ pada papan tanda restoran, laman Instagram rasmi serta aplikasi Google Maps bagi memaklumkan secara jelas kepada bakal pelanggan.

“Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Kini semua saluran komunikasi kami sudah ditandakan sebagai ‘Tidak Halal’. Kami harap diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan ini,” demikian kenyataan rasmi pihak pengurusan menerusi akaun Instagram @ayamgorengwiduransolo.

Ketua Kementerian Agama Kota Surakarta, Encik Ahmad Ulin Nur Hafsun berkata setiap pengusaha makanan wajib menyatakan secara jelas sekiranya menu mereka tidak halal atau mengandungi bahan haram seperti babi.

“Maklumat ini perlu dimaklumkan secara terbuka kepada pengguna agar tidak berlaku salah faham. Kita juga akan rujuk perkara ini kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Dinas Perdagangan Kota Solo, Encik Agus Santoso memaklumkan bahawa siasatan terhadap restoran tersebut akan dilakukan pada 27 Mei.

“Kami sudah berbincang dengan beberapa jabatan. Pemeriksaan ini akan menumpukan kepada sumber bahan mentah kerana bahan masak siap sedia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM),” katanya.

Ayam Goreng Widuran merupakan antara jenama makanan tempatan paling lama bertahan di Solo. Ia dikenali dengan ayam kampung goreng berempah, tekstur daging yang lembut, serta kremes (lapisan serdak goreng yang ditabur di atas ayam goreng rangup) yang menjadi pelengkap menu.

Namun, insiden pendedahan status tidak halal ini nyata mencemarkan reputasi restoran legenda itu, terutama dalam kalangan masyarakat Muslim yang selama ini menjadi antara penyumbang utama pelanggan restoran berkenaan. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg