Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Semakin banyak majlis bandaran AS seru laksana gencatan senjata di Gaza

Feb 01, 2024 | 12:35 PM



NEW YORK: Kira-kira 70 majlis bandaran di Amerika Syarikat telah meluluskan resolusi mengenai perang Israel-Hamas dengan kebanyakannya menggesa gencatan senjata.


Analisis Reuters terhadap data majlis-majlis bandaran menunjukkan, mereka meletakkan lebih tekanan kepada Presiden Joe Biden supaya menamatkan pertempuran menjelang pilihan raya umum pada November.


Sekurang-kurangnya 47 bandar telah meluluskan resolusi simbolik yang menyeru agar pengeboman Gaza dihentikan, dengan enam yang lain meluluskan resolusi yang memperjuangkan keamanan secara lebih meluas.

Sekurang-kurangnya 20 telah meluluskan resolusi yang mengutuk serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, yang mencetuskan perang yang berlarutan sehingga kini.

Kebanyakan resolusi gencatan senjata telah diluluskan di negeri Demokrat seperti California, walaupun sekurang-kurangnya 14 telah diluluskan di negeri seperti Michigan yang boleh menjadi penentu dalam pemilihan semula Encik Biden yang ditentang mantan Presiden Republikan Donald Trump.

Pentadbiran Encik Biden telah menolak gesaan untuk gencatan senjata, sesuatu yang disokong oleh majoriti rakyat Amerika, dengan alasan bahawa pemberhentian serangan Israel akan memberi semangat kepada Hamas.

Serangan Hamas di selatan pada 7 Oktober itu telah membunuh lebih 1,200 orang dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.


Serangan balas Israel sehingga kini telah membunuh lebih 26,000 rakyat Palestin dan hampir memusnahkan Gaza.


Pengkritik resolusi bandar itu berkata ia tidak mempunyai kesan ketara terhadap dasar negara dan mengalih perhatian daripada isu domestik.

Encik Gabriela Santiago-Romero, ahli majlis bandaran Detroit yang mengundi untuk meluluskan resolusi gencatan senjata di bandar terbesar Michigan pada November, berkata ia mencerminkan kekecewaan, terutamanya oleh pegawai muda dan orang kulit berwarna, terhadap Encik Biden dan pemimpin parti Demokrat yang lain.

“Kami mahu kepimpinan yang bersedia mendengar kami,” kata Encik Santiago-Romero. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >