Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semangat Olimpik tidak pudar walau kemudahan sukan di Gaza musnah

Ketika Sukan Olimpik Paris bermula, rakyat Gaza mencari perlindungan dalam bola sepak
Jul 26, 2024 | 3:43 PM
Ratusan rakyat Palestin menyaksikan pertandingan bola sepak di sekolah perlindungan kelolaan Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza.
Ratusan rakyat Palestin menyaksikan pertandingan bola sepak di sekolah perlindungan kelolaan Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza. - Foto REUTERS

GAZA: Diilhamkan oleh Sukan Olimpik di Paris, beberapa pemuda Palestin bermain bola sepak di sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan mereka di Jaluran Gaza.

Dengan fokus dunia pada pertandingan di Perancis, tiada kegemilangan atau hadiah untuk pasukan yang menang di wilayah yang hampir musnah dek serangan berterusan Israel itu, yang dilancarkan selepas Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober.

Pemain memberi trofi yang mereka kutip dari runtuhan sebagai hadiah kepada pasukan yang menang dan menikmati kejayaan meskipun dalam suasana perang masuk bulan kesembilan itu.

Bagi penduduk, ia adalah peringatan menyakitkan bahawa Gaza akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dipulihkan.

“Seluruh dunia sedang menontonnya (Olimpik) dan teruja mengenainya. Dan saya berharap dunia melihat kami, di Jaluran Gaza,” kata Encik Abu Seif, salah seorang penganjur pertandingan bola sepak, dengan pemain pasukan yang bersaing berpakaian merah atau hitam.

“Tiada apa-apa yang tinggal akibat dibom oleh pendudukan Israel,” kata-kata sepanduk yang dipegang oleh kanak-kanak yang menyaksikan pertandingan itu.

“Semua stadium kami musnah, semua kelab kami musnah. Anda lihat bola sepak yang kami mainkan, bola lama yang dijumpai di tempat perlindungan kami,” kata Encik Abu Seif.

Di sebalik kemusnahan di Gaza, semangat atlet tidak pudar walaupun jumlah korban rakyat Palestin telah melebihi 39,000, ujar pihak berkuasa Gaza.

“Kami cuba mengadakan kegiatan sukan di sekolah ini. Kami cuba mengubah realiti kehidupan yang kami lalui dan menghiburkan orang ramai dan kanak-kanak sebaik mungkin,” kata Encik Mustafa Abu Hashish, yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. – Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg