Topic followed successfully
Go to BHkuSemangat tunai haji tidak luntur di tengah peperangan
Semangat tunai haji tidak luntur di tengah peperangan
Cabaran kenaikan kos dan isu keselamatan tidak halang jutaan tuju ke Makkah
May 18, 2026 | 5:30 AM
Semangat tunai haji tidak luntur di tengah peperangan
Jemaah haji Iran disambut mesra dengan kalungan bunga sebaik sahaja tiba di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji 2026, di tengah konflik Asia Barat dan perang melibatkan Iran, Amerika Syarikat serta Israel. - Foto FACEBOOK SCROLL PAKISTAN
RIYADH: Konflik yang terus memuncak di Asia Barat akibat perang melibatkan Iran, Amerika Syarikat dan Israel kini mula memberi kesan langsung kepada ibadah haji tahun 2026, khususnya dari segi kos perjalanan dan kebimbangan berhubung isu keselamatan.
Namun, di sebalik ketidaktentuan geopolitik itu, jutaan umat Islam khususnya di Asia masih meneruskan persiapan untuk menunaikan rukun Islam kelima dengan penuh keyakinan dan kepercayaan.
Laporan berkaitan
Jemaah haji Iran tiba di Saudi meski hubungan Riyadh-Teheran tegangApr 29, 2026 | 11:44 AM
Saudi naik taraf Mina, siap sedia operasi hajiMay 11, 2026 | 1:14 PM
