Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sembilan warga New Zealand dijangkiti Zika

Jan 29, 2016 | 12:05 PM



WELLINGTON: Sembilan warga New Zealand dijangkiti virus bawaan nyamuk Zika, dengan seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital, umum Kementerian Kesihatan pada Jumaat (29 Jan).


Semua sembilan orang itu pulang ke negara itu baru-baru dari tempat-tempat di Pasifik Selatan - empat dari Tonga, empat dari Samoa dan seorang belum dilaporkan, menurut kenyataan kementerian itu.


Ia telah meluaskan nasihat pengembaraannya bagi Pasifik mengenai virus Zika untuk memasukkan Tonga serta Samoa sebagai kawasan jangkitan aktif.


Lapan daripada mereka telah pulih, tetapi seorang lelaki berusia 47 tahun dimasukkan ke hospital di Hamilton, di Pulau Utara, dengan tanda-tanda yang menunjukkan Guillain-Barre, satu keadaan berpotensi menyebabkan lumpuh, tetapi dalam keadaan stabil, lapor agensi berita Xinhua.


"Kami akan memberi khidmat nasihat kepada pelancong yang masuk dan Kementerian sedang mengemas kini maklumat bagi profesional kesihatan. Pengawasan teguh nyamuk dan pemantauan di sempadan kita masih dijalankan," kata Ketua Pegawai Perubatan, Dr Don Mackie, dalam satu kenyataan.


Pesanan Kesihatan menasihati pelancong mengenai apa yang perlu dilakukan jika mereka jatuh sakit dalam tempoh sebulan selepas pulang ke New Zealand dipapar di semua lapangan terbang antarabangsa negara itu, dan maklumat itu turut disediakan pada kad nasihat kesihatan, tambah Dr Mackie.


Pada 2014 terdapat 57 pemberitahuan Zika, dan tahun lepas enam.


Pemberitahuan itu diterbitkan sedang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan ia akan mengadakan Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa mengenai Zika untuk menilai apakah wabak itu merupakan Kecemasan Kesihatan Awam berbentuk Keprihatin Antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >