Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Senator Australia buat aduan selepas rakan sejawat desak ‘minum arak, menari di atas meja’

May 28, 2025 | 5:27 PM
Senator Fatima Payman
Senator Fatima Payman - Foto Facebook

SYDNEY: Seorang penggubal undang-undang Muslim di Australia berkata bahawa beliau telah membuat aduan kepada badan pemantau parlimen selepas seorang rakan lelaki didakwa mengajaknya minum arak dan “menari di atas meja”.

Senator Fatima Payman menyatakan bahawa beliau tidak minum arak dan mendakwa rakan sekerja yang lebih tua itu membuat beberapa kenyataan tidak sesuai selepas “minum terlalu banyak” pada satu majlis rasmi.

Beliau berkata kepada penyiar nasional ABC pada 28 Mei: “Dia kata: ‘Mari kita minum wain dan lihat kamu menari di atas meja’. Saya beritahu rakan sekerja itu, ‘Saya tidak setuju dengan ini’, dan kemudian terus membuat aduan rasmi,” katanya.

Tidak jelas bila insiden itu berlaku atau siapakah rakan sekerja yang dimaksudkan. Dilahirkan di Afghanistan, Cik Payman merupakan senator pertama yang memakai hijab di dalam parlimen Australia, menurut media tempatan.

Pada tahun 2021, bekas pembantu politik Brittany Higgins mendakwa telah dirogol oleh rakan sekerja di dalam pejabat parlimen, yang mencetuskan protes di seluruh negara. Satu kajian semula kemudian mendedahkan bahawa parlimen Australia dipenuhi dengan masalah pengambilan alkohol yang berlebihan, buli dan gangguan seksual.

Senator Bebas Payman meninggalkan kerajaan Buruh berhaluan kiri-tengah pada tahun 2024 selepas menuduh kerajaan itu gagal membantu rakyat Palestin di Gaza. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg