Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Senator gesa siasat TikTok berulang kali beri data tak tepat pengguna AS

Jun 08, 2023 | 05:35 PM



WASHINGTON: Ketua jawatankuasa perisikan Senat dan anggota kanan parti Republikan Amerika Syarikat menggesa Suruhanjaya Dagangan Federal (FTC) agar menyiasat aplikasi media sosial TikTok dan syarikat induk di China, ByteDance kerana “berulang kali memberikan data tidak tepat” mengenai cara ia mengendalikan data Amerika.


Gesaan Selasa lalu oleh Senator Encik Mark Warner, seorang anggota Demokrat, dan Encik Marco Rubio, anggota Parti Republikan, dibuat ekoran satu laporan yang menyebut bahawa aplikasi video pendek itu membenarkan para jurutera TikTok dan para pegawai eksekutif di China untuk mengakses data peribadi pengguna di Amerika.

Kededua senator menyatakan akses sedemikian menimbulkan persoalan mengenai dakwaan TikTok kepada penggubal undang-undang dan para pengguna bahawa kesemua data pengguna telah dilindungi.

“Disebabkan perbuatan salah nyata berulang kali dilakukan oleh TikTok berkaitan dengan keselamatan data, memproses dan amalan pengurusan korporat, kami menyeru anda mengambil tindakan segera terhadap perkara ini,’‘ kata kededua senator tersebut dalam surat kepada pengerusi FTC, Cik Lina Khan.

TikTok sebaliknya menyatakan bahawa akses terhadap data “tertakluk kepada satu siri kawalan ketat, perlindungan seperti penyulitan bagi sesetengah data dan keperluan mendapatkan kelulusan protokol yang diselia oleh sekumpulan pemimpin dan pasukan keselamatannya yang berpangkalan di Amerika”.

Syarikat tersebut memberi respons terhadap surat kededua senator berkenaan dengan menegaskan bahawa “TikTok tidak pernah berkongsi data para pengguna Amerika dengan pemerintah China atau jika kami diminta berbuat demikian”.

FTC mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima surat berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Minggu lalu, TikTok memaklumkan kededua senator tersebut bahawa ia hampir selesai menyiapkan satu perjanjian dengan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden yang mana ia bakal “melindungi kepentingan keselamatan nasional Amerika dan para pengguna data”.

TikTok mengakui dalam satu surat pada Rabu bahawa para pekerjanya yang berpangkalan di Amerika “boleh akses data para pengguna TikTok Amerika tetapi tertakluk kepada kawalan keselamatan siber yang ketat dan kebenaran protokol yang diselia pasukan keselamatannya yang berpangkalan di Amerika”.

Pegawai eksekutif TikTok, Encik Shou Zi Chew, memberitahu kedua-dua senator itu bahawa pihaknya sedang bekerja rapat dengan Oracle Corp bagi “membangunkan kawalan keselamatan data termaju” dan mereka berharap akan dapat memuktamadkannya dalam masa terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >