Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Senator Ted Cruz dan gabenor Texas temui presiden Taiwan di Houston

Jan 09, 2017 | 09:29 AM



WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat, Encik Ted Cruz, dan Gabenor Texas, Encik Greg Abbott, bertemu Presiden Taiwan pada Ahad (8 Jan) semasa beliau singgah di Houston, dalam tindakan yang pasti membuat pemimpin China marah.



Pertemuan pengubal dasar Amerika dengan pemimpin Taiwan bukan sesuatu yang tidak biasa, tetapi ketegangan masih tinggi sejak Beijing marah apabila bakal presiden Donald Trump, yang daripada parti Republikan, seperti Encik Cruz dan Encik Abbott, bercakap kepada Cik Tsai Ing-wen bulan lalu.



Perbualan telefon itu ialah yang pertama sejak berdekad antara seorang presiden Amerika dengan seorang pemimpin Taiwan dan menimbulkan keraguan mengenai komitmen pentadbiran Trump pada dasar "satu China" Beijing.



Encik Cruz, yang mewakili Texas, berkata beberapa ahli Kongres menerima surat dari konsulat China meminta mereka tidak bertemu Cik Tsai semasa persinggahan beliau.



"Republik Rakyat China perlu faham bahawa di Amerika kami membuat keputusan sendiri mengenai pertemuan dengan pelawat," kata Encik Cruz dalam satu kenyataan.



"Ini bukan mengenai Republik Rakyat China. Ini mengenai hubungan AS dengan Taiwan, sekutu kami yang kami terikat secara undang-undang pertahankan."



China amat mencurigai Cik Tsai, yang pada pandangan Beijing mahu mendesak kemerdekaan rasmi Taiwan, sebuah pulau yang dianggap Beijing sebahagian daripada wilayahnya dan tidak layak mengadakan hubungan negara dengan negara.



Amerika mengakui pendirian Cina bahawa hanya ada "satu negara China" dan Taiwan sebahagian daripadanya.



Cik Tsai dijadualkan singgah di San Francisco dan Houston dalam perjalanan melawat sekutu Taiwan di Amerika Tengah, termasuk Honduras, Nicaragua, Guatemala dan El Salvador.



Beijing telah menggesa Amerika supaya jangan mengizinkan beliau masuk ke negara itu.



Encik Cruz berkata beliau dan pemimpin Taiwan itu membincangkan soal meningkatkan hubungan dua hala dan memajukan kerjasama ekonomi antara negara mereka, termasuk menambah akses ke pasaran Taiwan yang akan memberi manfaat kepada peladang, petani dan perniagaan kecil Texas.



Encik Abbott berkata dalam laman Twitter beliau juga bertemu Cik Tsai pada Ahad dan mereka berbincang mengenai "mengembangkan perdagangan dan peluang ekonomi". - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >