Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Senjata Hamas diperoleh dari tentera Israel sendiri: Laporan risikan

Jan 29, 2024 | 12:41 PM



LONDON: Pegawai tentera dan perisikan Israel telah membuat kesimpulan bahawa sejumlah besar senjata yang digunakan oleh Hamas dalam serangan 7 Oktober dan dalam peperangan di Jaluran Gaza diperolehi daripada sumber yang tidak mungkin – tentera Israel sendiri.


Selama bertahun-tahun, penganalisis telah menunjukkan laluan penyeludupan bawah tanah untuk menjelaskan bagaimana Hamas kekal bersenjata dengan begitu banyak walaupun terdapat sekatan Israel di Gaza.

Tetapi risikan baru-baru ini menunjukkan Hamas mampu mengumpul banyak roket dan senjata antikereta kebal daripada beribu-ribu peluru yang gagal meletup apabila Israel membedil atau mengebom Gaza, menurut pakar senjata dan perisikan Israel dan Barat.

Pegawai Hamas juga mempersenjatai anggotanya dengan senjata yang dicuri dari pangkalan tentera Israel, lapor The New York Times.


Perisikan yang dikumpul sepanjang pertempuran berbulan-bulan mendedahkan bahawa pihak berkuasa Israel telah salah menilai rancangan Hamas sebelum serangan 7 Oktober 2023 dan mereka juga memandang rendah keupayaan kumpulan itu untuk mendapatkan senjata.

Apa yang jelas sekarang ialah senjata yang digunakan oleh tentera Israel untuk menguatkuasakan sekatan ke atas Gaza sejak 17 tahun lalu kini digunakan terhadap mereka bak kata pepatah senjata makan tuan.

Bahan letupan tentera Israel dan Amerika telah membolehkan Hamas menghujani Israel dengan roket dan buat pertama kalinya menembusi bandar-bandar Israel dari Gaza.

“Senjata yang tidak meletup adalah sumber utama bahan letupan Hamas,” kata Encik Michael Cardash, bekas timbalan ketua Bahagian Pemusnahan Bom Polis Kebangsaan Israel dan perunding polis Israel.

“Mereka memotong bom dari Israel, bom artileri dari Israel dan banyak daripadanya digunakan dan dikitar semula untuk bahan letupan dan roket mereka,” tambah beliau.

Pakar senjata menyatakan bahawa kira-kira 10 peratus peluru biasanya gagal meletup.

Kadar kegagalan peluru berpandu Amerika pada era perang Vietnam mungkin setinggi 15 peratus, kata seorang pegawai perisikan Israel.

Sebutir bom 750 paun yang gagal meletup boleh menjadi ratusan peluru berpandu atau roket.

Laporan tentera Israel menunjukkan bahawa beribu-ribu peluru dan ratusan senjata api dan bom tangan telah dicuri dari pangkalannya yang tidak dikawal dengan baik. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >