Seorang anggota pengaman Indonesia maut dalam serangan di Lebanon
Seorang anggota pengaman Indonesia maut dalam serangan di Lebanon
Tiga lagi cedera; Kementerian Luar Indonesia kutuk keras kejadian, gesa siasatan menyeluruh dilaksana
Mar 30, 2026 | 1:56 PM
Seorang anggota pengaman Indonesia maut dalam serangan di Lebanon
Seorang anggota tentera Lebanon berdiri di sebelah kenderaan Pasukan Pendamai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) dan trak tentera Lebanon ketika ketegangan antara Israel dengan Hezbollah kian memuncak, di tengah konflik berterusan antara Amerika Syarikat-Israel dengan Iran, di Qlayaa, selatan Lebanon, pada 27 Mac. - Foto REUTERS
JAKARTA: Indonesia mengesahkan seorang anggota pengaman negara itu terkorban, manakala tiga lagi cedera selepas serangan artileri secara tidak langsung mengenai kedudukan Pasukan Pendamai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) di selatan negara itu.
Kementerian Luar Indonesia melahirkan rasa dukacita mendalam dan mengutuk keras kejadian berkenaan, sambil menggesa siasatan menyeluruh dan telus dijalankan.
Laporan berkaitan
2 anggota PBB Indonesia cedera akibat serangan Israel di Lebanon Oct 11, 2024 | 12:13 PM
Pasukan pengaman PBB dijangka tinggalkan Lebanon akibat tekanan kewangan, politikFeb 11, 2026 | 1:39 PM

