Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan besar-besaran Israel di Khan Younis

Dec 06, 2023 | 03:38 PM



GAZA: Israel sekali lagi meningkatkan serangan bertubi-tubi dengan menggerakkan kereta kebal dan pasukan tenteranya ke arah selatan, ke bandar kedua terbesar di Gaza, Khan Younis, pada 6 Disember, selepas melakukan serangan udara dan darat besar-besaran sebelumnya.


Menurut saksi, kereta kebal Israel, pengangkut berperisai dan jentolak dilihat di Khan Younis, sehingga memaksa ribuan orang awam yang sudah berpindah untuk berkemas dan melarikan diri semula.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan amaran tentang potensi senario yang lebih buruk menyusuli serangan besar-besaran tentera Israel di selatan Khan Younis.

Menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas, ambulans, trak dan kenderaan lain membantu menghantar mangsa yang berlumuran darah dan diselaputi debu ke hospital Nasser, Khan Younis, termasuk kanak-kanak.

Ketua Komando Selatan tentera Israel, Mejar Jeneral Yaron Finkelman, berkata serangan itu adalah bagi memusnahkan Hamas dan membebaskan tahanan yang berada di tangan Hamas sejak 7 Oktober lalu. Beliau berkata serangan itu disifatkan sebagai hari paling sengit sejak awal operasi darat pada akhir Oktober.

“Kami bukan sahaja berada di tengah-tengah Jabalia, dan Shejaiya (di utara Gaza), malah juga Khan Younis,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >