Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan Hamas bertujuan gagalkan usaha damai di Timur Tengah: Netanyahu

Oct 20, 2023 | 04:01 PM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pada Khamis berkata serangan Hamas ke atas Israel bertujuan menggagalkan usaha damai di Timur Tengah.


Encik Sunak merupakan pemimpin Barat terbaru melawat Baitulmakdis untuk menunjukkan sokongan kepada Israel, dan cuba merundingkan pembebasan tebusan yang ditawan Hamas dan memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Gaza.

Beliau kemudian terbang ke Arab Saudi untuk bertemu Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang menegaskan kepada Encik Sunak bahawa kerajaannya menganggap menyasarkan orang awam di Gaza “suatu jenayah kejam”, lapor agensi berita negara Saudi.

Encik Sunak menggalakkan putera mahkota itu supaya menggunakan kepimpinan Saudi di rantau itu untuk menyokong kestabilan semasa dan jangka panjang.

Mereka juga menekankan peri perlunya mencegah sebarang peningkatan dalam konflik, kata Pejabat Perdana Menteri Britain.

Sementara itu, Encik Netanyahu mendakwa serangan Hamas bertujuan untuk menggagalkan usaha mewujudkan keamanan yang lebih luas di rantau itu.

“Kami berada di puncak usaha untuk mengembangkan keamanan dan memusnahkan langkah itu adalah salah satu sebab mengapa tindakan ini diambil,” kata Encik Netanyahu kepada Encik Sunak dalam pertemuan mereka di Baitulmakdis.

“Ini adalah masa paling gelap kami. Ini bermakna perang yang berpanjangan dan kami memerlukan sokongan berterusan anda,” pinta Encik Netanyahu.

Encik Sunak bertemu pemimpin Israel itu selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Israel, Encik Isaac Herzog.

Terdahulu, Encik Sunak dan Encik Herzog menggariskan keperluan mengelakkan peningkatan keganasan termasuk pengeboman ke atas hospital di Gaza yang telah mencetuskan bantahan di sebilangan negara.

Hamas menyalahkan Israel atas pengeboman tersebut, namun Israel menafikannya sambil menyatakan ia disebabkan oleh pelancaran roket yang gagal oleh kumpulan Palestin.

​Peperangan antara kedua-dua pihak bermula selepas Hamas melancarkan serangan di selatan Israel pada 7 Oktober. Lebih 1,400 orang terbunuh.

Israel bertindak balas dengan pengeboman udara ke atas Jaluran Gaza, yang diperintah oleh Hamas. Israel berkata ia mahu memusnahkan kumpulan militan itu. Tindakan tentera Israel telah membunuh hampir 3,800 orang di Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >