Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan Israel didakwa bunuh 20 rakyat Palestin sedang beratur untuk bantuan

Tel Aviv siasat laporan tentang kejadian yang Hamas sifatkan sebagai ‘jenayah perang’
Jan 26, 2024 | 04:24 PM



GAZA: Satu serangan Israel ke atas Bandar Gaza pada 25 Januari membunuh 20 dan mencederakan 150 rakyat Palestin yang sedang beratur bagi bantuan kemanusiaan, menurut Kementerian Kesihatan wilayah yang ditadbir Hamas itu.


Mangsa dibawa ke Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza, di mana mayat dilihat terbaring di atas lantai, kata seorang wartawan AFP.


Tentera Israel berkata ia sedang meneliti laporan mengenai kejadian itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, Hamas berkata serangan itu adalah satu “jenayah perang”.

Sementara itu, angka kematian akibat serangan Israel sehari sebelumnya di pusat perlindungan yang sesak di Gaza meningkat kepada 12, dengan lebih 75 cedera, menurut Encik Thomas White, pegawai kanan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (Unrwa).

Agensi itu menyalahkan Israel, satu-satunya pihak dalam konflik antaranya dengan Hamas yang mempunyai kereta kebal.

Tentera Israel berkata ia “pada masa ini menolak” bahawa serangan itu dilakukan oleh pesawat atau artilerinya tetapi masih menjalankan siasatan.

Ia menyatakan bangunan perlindungan kelolaan PBB yang merupakan pusat latihan vokasional itu mungkin terkena roket Hamas.

Pertempuran di bandar selatan Gaza, Khan Younis, telah memencilkan dua hospital utamanya, menyebabkan ratusan pesakit dan ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal terdampar di dalamnya.

Di hospital ketiga, pesakit telah dipindahkan pada malamnya, kata Encik White.

Serangan Israel menyebabkan beribu-ribu orang bergegas melarikan diri lebih jauh ke selatan dekat sempadan Mesir dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) melaporkan bahawa tentera Israel telah mengenakan “perintah berkurung sepenuhnya” di sekitar Hospital El Amal.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata pada 25 Januari bahawa 25,900 orang telah terbunuh dan 64,110 cedera di wilayah itu sejak Israel menyerang bagi membalas dendam terhadap serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober, yang membunuh 1,200 orang dan sekitar 240 dijadikan tebusan.

Dalam pada itu, mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengeluarkan keputusan pada 26 Januari mengenai permohonan Afrika Selatan untuk mendapatkan perintah sementara dalam kes pembunuhan beramai-ramai terhadap Israel, termasuk desakan Israel menghentikan serangannya di Gaza.

Keputusan itu merupakan peringkat awal kes yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendakwa tindakan ketenteraan Israel dalam perangnya dengan Hamas di Gaza sama dengan pembunuhan beramai-ramai.

Israel menolak sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah meminta mahkamah membuang kes itu.


Usaha semakin giat dijalankan bagi melaksanakan perjanjian gencatan kemanusiaan antara Israel dengan Hamas.


Di Israel, penunjuk perasaan yang mendesak pembebasan tebusan yang ditahan Hamas di Gaza menyekat lalu lintas di lebuh raya Ayalon di Tel Aviv pada 24 Januari.

Agensi berita Euronews memetik media Israel sebagai menyatakan demonstrasi itu diadakan ketika pengantara Qatar memaklumkan kepada Israel bahawa Hamas menangguhkan sementara semua perbincangan lanjut mengenai perjanjian tebusan.


Sementara itu, tindakan Israel untuk mewujudkan zon penampan di sepanjang sempadannya dengan Gaza adalah jenayah dan satu tindakan pencerobohan terang-terangan terhadap rakyat Palestin, kata seorang pegawai Hamas, Encik Osama Hamdan.

Media Israel pada 24 Januari melaporkan tentera negara itu menyasarkan mewujudkan zon penampan tidak rasmi kira-kira satu kilometer lebar untuk menghalang serangan ke atas komuniti Israel berhampiran Gaza.

Encik Hamdan, yang berpangkalan di Lebanon, memberitahu pemberita pada 25 Januari Israel “berhasrat mewujudkan laluan pertahanan di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dengan meratakan seluruh blok kediaman dan memusnahkan ladang serta prasarana awam”. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >