Serangan Israel ke atas kenderaan polis bunuh 9 orang di Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serangan Israel ke atas kenderaan polis bunuh 9 orang di Gaza

Mar 16, 2026 | 12:25 PM

Serangan Israel ke atas kenderaan polis bunuh 9 orang di Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
serangan, israel, gaza
Seorang budak lelaki melihat dari dekat keadaan sebuah kenderaan polis yang ranap akibat serangan Israel di tengah Gaza pada 15 Mac. - Foto REUTERS

BANDAR GAZA: Kementerian Dalam Negeri Gaza yang dikendalikan oleh Hamas berkata serangan udara Israel ke atas kenderaan polis di tengah Gaza pada 15 Mac telah mengorbankan sembilan pegawai.

Serangan itu berlaku ketika delegasi Hamas dijadual bertemu dengan pegawai Mesir di Kahirah.

Demikian menurut sumber daripada pergerakan Palestin itu.

Agensi pertahanan awam Gaza turut melaporkan empat orang lagi terbunuh dalam serangan Israel sebelum ini.

Apabila ditanya tentang kedua-dua kejadian itu, tentera Israel berkata ia sedang meneliti laporan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri Gaza menuduh tentera Israel melakukan “jenayah keji petang ini apabila ia menyasarkan kenderaan polis yang membawa beberapa pegawai dan kakitangan di wilayah tengah”.

“Serangan itu mengakibatkan pembunuhan sembilan pegawai dan kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan, menyenaraikan mangsa, antaranya ketua polis untuk wilayah tengah, Kolonel Iyad Abu Yousef.

Terdahulu, hospital Al-Aqsa di Deir el-Balah berkata ia telah menerima mayat lapan korban serangan di bandar Zawaida di tengah Gaza.

Hamas mengutuk kejadian itu, dengan berkata: “Jenayah khianat ini mencerminkan wajah gencatan senjata Israel dan dasarnya yang bertujuan untuk meneruskan perang genosid dan memperdalam bencana kemanusiaan di Jaluran Gaza.”

Keganasan berterusan di wilayah Palestin yang dilanda perang walaupun gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, dengan Israel dan Hamas kerap menuduh satu sama lain melakukan pelanggaran.

Terdahulu pada 15 Mac, agensi pertahanan awam Gaza berkata serangan Israel telah membunuh empat orang di kem pelarian Nuseirat di tengah wilayah itu.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Hamas, Encik Hazem Qassem, mengutuk pengeboman itu sebagai “pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata”.

Sumber Hamas memberitahu bahawa satu delegasinya telah bertemu ahli politik Bulgaria, Encik Nickolay Mladenov, di Kahirah.

Beliau dilantik sebagai wakil untuk Gaza di bawah Lembaga Keamanan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.

Lembaga itu ditubuhkan selepas pentadbiran Encik Trump, dengan pengantara lama Qatar dan Mesir, merundingkan gencatan senjata untuk menghentikan perang dahsyat selama dua tahun di Gaza.

Delegasi Kahirah, yang diketuai oleh pegawai Hamas Encik Nizar Rayyan, “menuntut penghentian segera semua pelanggaran dan menyeru Israel supaya melaksanakan fasa kedua perjanjian gencatan senjata dan membuka lintasan Gaza”, kata sumber itu.

Pada permulaan serangan bersama Amerika-Israel ke atas Iran pada 28 Februari, Israel mengumumkan penutupan semua titik lintasan ke Gaza sebagai langkah “keselamatan”. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg