Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serangan maut di Papua New Guinea

Jul 25, 2024 | 11:42 AM
Foto yang dirakam pada 19 Februari 2024 menunjukkan pegawai berkawal berhampiran bandar Wabag, 600 kilometer barat laut ibu kota Port Moresby setelah 64 orang maut dalam sengketa suku kaum di kawasan tanah tinggi yang tidak mempedulikan undang-undang pihak berkuasa di Papua New Guinea.
Foto yang dirakam pada 19 Februari 2024 menunjukkan pegawai berkawal berhampiran bandar Wabag, 600 kilometer barat laut ibu kota Port Moresby setelah 64 orang maut dalam sengketa suku kaum di kawasan tanah tinggi yang tidak mempedulikan undang-undang pihak berkuasa di Papua New Guinea. - Foto Fail AFP

SYDNEY: Serangan ganas ke atas tiga kampung terpencil di utara Papua New Guinea (PNG) dipercayai membunuh 26 orang, termasuk 16 kanak-kanak.

Beberapa orang pula terpaksa melarikan diri selepas penyerang membakar rumah mereka, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Saya berasa ngeri dengan terjadinya pengganasan maut di Papua New Guinea, akibat pertikaian mengenai pemilikan tanah dan tasik serta hak pengguna,” kata Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Encik Volker Turk, dalam satu kenyataan pada 24 Julai.

Angka kematian boleh meningkat kepada lebih 50, sementara pihak berkuasa PNG mencari orang yang hilang, kata Encik Turk. Lebih 200 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka, yang dibakar dalam serangan di wilayah Sepik Timur pada 16 dan 18 Julai.

Rumah bagi ratusan suku dan bahasa, negara Pasifik di utara Australia itu mempunyai sejarah peperangan suku yang panjang.

Bagaimanapun, pengganasan meningkat sejak sedekad lalu, apabila penduduk kampung mula menggunakan senapang tentera. Pilihan raya pula melebarkan jurang antara puak sedia ada.

Lapan orang terbunuh dan 30 rumah dibakar dalam pertempuran di wilayah Enga pada Mei. Sekurang-kurangnya 26 lelaki terbunuh dalam serangan hendap di wilayah yang sama pada Februari. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg