Serangan udara Israel bunuh 9 penduduk Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Serangan udara Israel bunuh 9 penduduk Gaza

Feb 15, 2026 | 6:29 PM

Serangan udara Israel bunuh 9 penduduk Gaza

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Serangan udara Israel, Gaza, korban
Para penduduk saling mengucapkan takziah antara satu sama lain semasa pengebumian beberapa rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara Israel pada 15 Februari. - Foto AFP

BAITULMAKDIS: Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di utara dan selatan Jaluran Gaza pada 15 Februari, menurut pegawai pertahanan awam dan kesihatan Palestin.

Tentera Israel menyifatkan serangan tersebut sebagai respons terhadap langkah Hamas melanggar gencatan senjata.

Petugas perubatan berkata satu serangan udara Israel ke atas sebuah kawasan perkhemahan yang menempatkan keluarga yang terpaksa berpindah telah membunuh sekurang-kurangnya empat orang.

Sementara itu, pegawai kesihatan berkata satu lagi serangan telah mengorbankan lima nyawa di Khan Younis di selatan Gaza.

“Sejak beberapa jam lalu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah mulakan serangan sebagai tindak balas terhadap pelanggaran gencatan senjata oleh Hamas (pada 14 Februari) di kawasan Beit Hanoun,” kata seorang pegawai tentera Israel.

Pegawai itu menyifatkan serangan tersebut sebagai tepat dan selaras dengan undang-undang antarabangsa, serta mendakwa bahawa Hamas telah melakukan lebih daripada enam pelanggaran sejak gencatan senjata pada Oktober 2025.

Ini termasuk pengerahan tentera di timur ‘Garisan Kuning’ yang dipersetujui sebagai sempadan antara kawasan yang dikawal Israel dan Hamas.

“Melintasi garisan kuning yang menempatkan tentera IDF sambil bersenjata merupakan satu pelanggaran gencatan senjata terang-terangan, dan menunjukkan bagaimana Hamas secara sistematik melanggar perjanjian gencatan senjata dengan niat untuk membahayakan tentera IDF,” kata pegawai itu.

Israel dan Hamas telah berulang kali menuduh antara satu sama lain melanggar perjanjian gencatan senjata, yang merupakan aspek utama dalam pelan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, untuk menamatkan perang di Gaza.

Pada 14 Februari, tentera Israel berkata ia telah mengenal pasti pengganas bersenjata yang berada berhampiran anggota IDF yang beroperasi di utara Jaluran Gaza.

IDF berkata mereka terus memusnahkan terowong bawah tanah di utara Jaluran Gaza selaras dengan perjanjian yang ditetapkan.

Ia berkata pihak tentera mendapati beberapa lelaki bersenjata keluar dari sebuah lokasi yang disifatkannya sebagai terowong dan memasuki kawasan di bawah runtuhan sebuah bangunan di timur ‘Garisan Kuning’.

Menurut IDF, pesawat Tentera Udara mereka telah menyerang bangunan itu dan membunuh dua lelaki bersenjata, dan kemungkinan lebih ramai anggota militan turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata sekurang-kurangnya 600 rakyat Palestin telah terbunuh akibat serangan Israel sejak gencatan senjata bermula.

Israel mendakwa empat askarnya terbunuh akibat serangan pengganas di Gaza sepanjang tempoh yang sama. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg