Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Setiausaha sulit isteri Jokowi akan bertanding bagi jawatan Datuk Bandar Bogor

Mar 20, 2024 | 01:07 PM



JAKARTA: Encik Sendi Fardiansyah yang merupakan Setiausaha Sulit kepada Wanita Pertama, Cik Iriana Widodo, mengumumkan pencalonannya sebagai Datuk Bandar Bogor, Jawa Barat.


Ia khusus untuk mengisi kerusi yang dikosongkan oleh penyandangnya, Encik Bima Arya Sugiarto, yang tidak layak bertanding untuk penggal ketiga.

Encik Sendi, 35 tahun, membuat pengumuman itu pada 18 Mac, selepas bertemu dengan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo di Istana Presiden.

Menurut Encik Sendi, semasa mesyuarat itu, beliau memberi taklimat kepada Encik Jokowi mengenai persiapan yang telah dibuatnya untuk pemilihan Datuk Bandar, memberikan hasil daripada tinjauan pendapat umum dan usaha kempen politik.

“Beliau (Presiden) menjawab dengan baik laporan saya. Beliau telah memberi bimbingan dan sokongan kepada saya, dan itu adalah modal penting bagi saya,” kata Encik Sendi dalam satu kenyataan yang dipetik, The Jakarta Post.


Terdahulu, Encik Sendi berkata Wanita Pertama juga telah memberinya lampu hijau untuk bertanding bagi jawatan Datuk Bandar.

Encik Sendi telah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Cik Iriana sejak 2015 dan telah mengiringi Wanita Pertama itu secara meluas.

Beliau juga pernah menjadi sebahagian daripada delegasi Indonesia ke beberapa acara antarabangsa, daripada sidang puncak Kumpulan Negara 20 (G20) hingga mesyuarat Asean.

Setakat ini, dua lagi ahli politik menyatakan hasrat untuk bertanding bagi jawatan Datuk Bandar Bogor: iaitu Encik Dedie Rachim daripada Parti Amanat Nasional (PAN) dan Encik Jenal Mutaqin daripada Parti Gerindra.

Beberapa orang dalam kalangan dalaman Presiden Jokowi telah dipilih bertanding dalam pilihan raya tempatan yang dijadualkan pada November 2024.

Mereka termasuk anak Encik Jokowi, Encik Kaesang Pangarep, yang mungkin bertanding bagi jawatan Gabenor Jawa Tengah.

Menantu perempuan Encik Jokowi pula, Cik Erina Gudono, telah diberitahu Parti Gerindra mereka mahu mencalonkannya sebagai Ketua Daerah (bupati) Sleman, Yogyakarta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >