Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sherpa Nepal selamatkan pendaki M’sia di ‘zon maut’ Everest

Jun 01, 2023 | 03:09 PM



KATHMANDU: Seorang sherpa, atau malim gunung, dari Nepal, membantu membawa keluar pendaki Malaysia yang terkandas di ‘zon maut’ di Gunung Everest pada 18 Mei lalu, sebelum mangsa dibawa pulang ke Malaysia.


Sherpa yang dikenali sebagai Encik Gelje Sherpa, 30 tahun, menarik pendaki terbabit turun dari sekitar puncak Gunung Everest dalam misi menyelamat beraltitud tinggi yang sangat jarang berlaku.

Ketika insiden itu, Encik Gelje berkata beliau sedang membawa pendaki dari China ke puncak Everest setinggi 8,849 meter sebelum melihat seorang pendaki Malaysia sedang berpaut pada tali dan menggigil akibat kesejukan melampau di kawasan yang dipanggil ‘zon maut’, dengan suhu boleh jatuh sehingga negatif 30 darjah Celsius atau lebih rendah.

Katanya, beliau kemudian membawa pendaki itu sejauh 600 meter turun dari kawasan Balcony ke South Col dalam tempoh kira-kira enam jam, sebelum seorang lagi sherpa, Encik Nima Tahi Sherpa, turut membantu.

“Kami menyelimutkan pendaki itu dengan selimut tebal dan adakala menyeretnya di atas salji atau membawanya secara bergilir-gilir ke Kem III,” katanya.

Sebuah helikopter kemudian tiba untuk membawa mangsa dari Kem III setinggi 7,162 meter turun ke kem pangkalan.

Encik Gelje berkata beliau turut meyakinkan pendaki China yang dibawanya untuk tidak meneruskan perjalanan ke puncak kerana baginya, misi menyelamatkan mangsa adalah lebih penting.

“Menyelamatkan nyawa adalah lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.

Sementara itu, pegawai Jabatan Pelancongan, Encik Bigyan Koirala, berkata operasi terbabit jarang berlaku kerana hampir mustahil untuk menyelamatkan pendaki di lokasi setinggi itu.

Pendaki Malaysia itu mendapatkan khidmat logistik daripada Tashi Lakhpa Sherpa dari syarikat Seven Summit Treks.

Syarikat itu, yang enggan mendedahkan nama pendaki itu, berkata mangsa sudah dibawa pulang ke Malaysia minggu lalu.

Nepal dilaporkan mengeluarkan 478 permit untuk Everest ketika musim pendakian pada Mac hingga Mei. Sekurang-kurangnya 12 pendaki dilaporkan meninggal dunia iaitu jumlah tertinggi yang direkodkan selama lapan tahun, manakala lima lagi masih hilang di cerun Everest.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55 tahun, menemui ajal selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Everest pada 18 Mei lalu.

Kolonel Awang Askandar disahkan meninggal pada 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengah hari waktu Malaysia) ketika sedang menerima rawatan lanjut di Kem 4.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >