Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Siapa jahat, bodoh dan sombong (jadong) dalam politik Malaysia?

Seorang tokoh pembangkang terkemuka di Malaysia memberi julukan menghina pentadbiran yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Realitinya, julukan panggilan ‘jadong’ dalam bahasa Melayu itu digunakan untuk ahli politik dari semua jalur.
Feb 13, 2024 | 05:30 AM



Hamzah Zainudin telah menggunakan rungutan ekonomi untuk menyerang pentadbiran yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau malah menggunakan julukan Melayu yang sering digunakan untuk memperkecilkan kehebatan intelektual musuh politik.

Ironinya, istilah ‘jadong’ – singkatan bagi ‘jahat, bodoh dan sombong’ – itu boleh digunakan bukan sahaja terhadap kerajaan pada masa itu, tetapi juga barisan pembangkang yang dipimpinnya.

Encik Hamzah baru-baru ini menggunakan media sosial untuk membincangkan tentang Himpunan Selamatkan Rakyat yang diadakan di luar Istana Negara pada 23 Januari lalu.

Perhimpunan itu dihadiri kira-kira 1,000 orang. Rungutan utama yang diluahkan pada perhimpunan itu adalah tentang kesempitan ekonomi rakyat yang semakin meningkat.

Wakil daripada empat pertubuhan Islam bukan pemerintah, juga telah menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong Malaysia sebelum ini.

Mereka menekankan tentang kesulitan rakyat dan mengkritik kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana tidak cekap menangani keadaan itu.

Dalam video yang dimuat naik ke platform media sosialnya pada hari perhimpunan itu, Encik Hamzah berkata bahawa “apa yang berlaku pada perhimpunan hari ini adalah sejarah.”

Mengulas bagaimana para peserta mengharungi panas dan berdemonstrasi di luar istana pada hari bekerja, Encik Hamzah berkata perhimpunan itu adalah petanda bahawa “rakyat telah hilang harapan kepada kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.”

Encik Hamzah berkata kenaikan kos sara hidup telah menjejas orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, daripada penunggang p-hailing (penghantar makanan) dalam ekonomi gig kepada pemilik perniagaan kecil.


Sambil memetik bahawa ada orang yang sampai sanggup membunuh diri gara-gara tertekan dek kesempitan ekonomi mereka, Encik Hamzah berkata bahawa ini adalah akibat daripada kerajaan yang “jahat” dan “angkuh”.

Lebih khusus lagi, beliau menggunakan istilah “kerajaan jadong”.

Istilah menghina yang dipilihnya menarik perhatian. Jadong adalah panggilan julukan dalam bahasa Melayu yang bermaksud jahat, bodoh dan sombong.

Seperti yang dikatakan oleh Encik Hamzah dalam videonya, beliau mengambil istilah itu daripada cendekiawan Malaysia, Allahyarham Syed Hussein Alatas, yang menciptanya pada tahun 2000.

Pertama kali disebut dalam bukunya Cita Sempurna Warisan Sejarah (The Ideals of Excellence as Historical Legacy), yang berdasarkan syarahan yang diberikan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Alatas menggunakan ‘jadong’ untuk merujuk kepada pemimpin yang tidak berkemampuan yang menghalang kemajuan masyarakat.


Pemimpin-pemimpin ini digambarkan sebagai ditadbir oleh “cita-cita kemusnahan” seperti kekurangan nilai moral, amalan rasuah, dan penyalahgunaan kuasa dengan mengorbankan rakyat.

Penggunaan jadong oleh Encik Hamzah, adalah luar biasa malah memeranjatkan.

Allahyarham Profesor Alatas, yang terkenal dengan kritikan tajamnya terhadap golongan elit politik, sering dipinggirkan sebagai seorang intelektual, walaupun telah berkhidmat untuk negaranya dalam pelbagai kapasiti.

Seorang ahli pengasas parti Gerakan yang berbilang kaum – bersama cendekiawan lain seperti Profesor Wang Gungwu – beliau juga pernah berkhidmat sebagai senator di Dewan Negara (Parlimen), dan memberi sumbangan besar kepada penggubalan Rukun Negara.

Beliau menghabiskan lebih daripada dua dekad di Singapura, sebagai ketua pengasas Pengajian Melayu di Universiti Nasional Singapura dan menghabiskan tahun-tahun senja dalam kehidupan profesionalnya sebagai naib canselor Universiti Malaya.

Perspektif sosiologi Profesor Alatas sering bercanggah dengan pandangan golongan elit dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Tulisannya termasuk kritikan terhadap perdana menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Dr Mahathir Mohamad, ketika mereka berada di puncak kuasa.

Profesor Alatas menegur rasuah, budaya politik feudal dan autoritarian, dan orientalisme yang berleluasa di kalangan elit politik.

Beliau menggesa golongan elit Malaysia –– ahli politik, ulama, dan elit budaya – untuk mewakili tradisi kemanusiaan dan menegakkan nilai-nilai Islam yang progresif.

Ahli politik Malaysia sejak tahun 1970-an telah menjauhkan diri daripada karya Profesor Alatas, dan baru-baru ini kelas politik dari seluruh spektrum mula menggunakan ‘jadong’, walaupun mereka tidak semestinya mahir dalam idea lain Profesor Alatas.

Sebagai contoh, Sheikh Omar Ali dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Encik Adam Adli dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakannya, masing-masing pada 2021 dan 2023.

Bagaimanapun, jika Encik Hamzah mahu menggunakan ‘jadong’ Profesor Alatas, beliau juga perlu meletakkan karyanya dalam konteks kritikannya yang lebih meluas terhadap golongan elit Malaysia.

Semasa hayatnya, Profesor Alatas juga menggunakan konsep tradisionalisme agama, untuk menganalisis aplikasi bukan kontekstual teks agama golongan elit agama, apabila menghadapi masalah semasa.

Beliau juga mengkritik dasar-dasar kapitalisme Dr Mahathir dan Umno yang keterlaluan, yang membawa kepada jurang yang semakin meluas antara golongan kaya dan miskin.

Yang paling relevan, beliau mencipta istilah “psikologi feudalisme” untuk menggambarkan pemikiran elit Melayu, yang juga mengalir kepada orang ramai yang tunduk kepada pemimpin mereka.

Patut ditanya sama ada istilah itu hanya terpakai kepada kerajaan Datuk Anwar.

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia terkemuka telah dibawa ke mahkamah kerana gagal mengisytiharkan kekayaan mereka, dengan yang terbaru ialah mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan isterinya.

Beberapa anak Dr Mahathir juga telah diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Encik Hamzah sendiri didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Tingkah laku pembangkang semasa berkuasa semasa pandemik Covid-19, juga menimbulkan persoalan sama ada mereka juga berkelakuan sebagai kerajaan ‘jadong’, dengan memanjangkan keadaan darurat, melaksanakan dwistandard untuk menteri semasa perintah kawalan pergerakan, dan mencegah usul tidak percaya terhadap perdana menteri daripada diluluskan di Parlimen.

Namun, Datuk Anwar mesti menangani kritikan daripada pembangkang yang mendakwanya menganiaya lawannya secara selektif.

Datuk Anwar perlu menjelaskan keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, walaupun 47 pertuduhan terhadapnya berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Membiarkan kritikan ini tidak ditangani, menunjukkan tingkah laku jahat dan keangkuhan kerajaan.

Pendek kata, ahli politik yang berbeza jalur, tidak mempunyai monopoli terhadap penggunaan ‘jadong’, atau ‘jadong’ itu sendiri, dalam hal ini.

Apa yang baik untuk angsa betina, adalah baik untuk angsa jantan. Semua ahli politik Malaysia tanpa mengira kedudukan mereka, harus merenung keluasan istilah ‘jadong’ ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >